Friday, 15 July 2016

Company kan dah cover, perlu ke nak amik insurans? Membazir jer...




Diceritakan oleh salah seorang associate kami.. Kisah Benar ni.. Mesti Baca..

Lebih kurang dua bulan lepas associate kami ada berjumpa seseorang.. Sangat urgent mencari insurans utk dirinya.. tetapi malangnya... kami sudah tak dapat bantu lagi..
Insurans lain dah reject, apply dengan kami pun tidak akan ada bezanya.. Sudahnya, beliau bercerita kepada associate kami bagaimana dulu beliau langsung tidak endahkan pengurusan risiko.. memandang remeh dan merasakan insurans suatu pembaziran kerana company beliau berkhidmat dah cover semua kos perubatan ~ perlindungan unlimited untuk beliau dan keluarga sekali.

Apa yang beliau tak tau (atau buat tak tau), company beliau hanya cover apabila beliau masih berkhidmat sahaja.. Malangnya disebabkan penyakit yang beliau hidapi sejak pertengahan tahun lepas menyebabkan beliau tidak boleh lagi melakukan pekerjaan dan akhirnya company beliau terpaksa melepaskan beliau pada awal tahun ini.. Maka tamatlah juga perlindungan perubatan unlimited dari company beliau.

Sejak itu, beliau terpaksa menggunakan duit simpanan dan menggadai aset keluarga sehingga hampir habis utk segala kos perubatan, supplement dsb. Wang separation dari company pula beliau gunakan utk cover kos sara hidup dan hutang keluarga. Tapi setiap bulan, ia juga makin susut sebab tiada income bulanan yg masuk lagi.. Isteri pula tak bekerja dan sekarang terpaksa menjaga suami yg sakit selain anak2 yang masih kecil.

Ketika inilah penyesalan berlaku kerana selama ini tidak pernah ambil tau dan memandang rendah pengurusan kewangan & pengurusan risiko. Bila anak2 dan isteri turut susah lebih menyesal lagi beliau rasai. Tergamak ke tengok anak isteri ke sana sini minta bantuan?

Semoga ini tidak berlaku pada kita semua.. Jangan ambil mudah. Selalu saya nasihatkan orang, walaupun bersyukur company kita kerja ada coverage insurans, sediakan juga personal insurans.. lebih baik bergantung pada diri sendiri daripada bergantung dengan orang lain.

Kes2 sebegini saya juga dah jumpa bbrp kali sepanjang saya terlibat dalam bidang insurans ini.. Yang tahap merayu pun ada.. Harap kita semua dapat ambil iktibar drpd kisah benar ini..

Laut bergelora tiba2 boleh menenggelamkan kapal kehidupan. Sentiasa sediakan 'lifeboat' sebagai Plan B supaya keluarga kekal terapung sekiranya kapal kehidupan kita karam.

Hubungi saya untuk khidmat nasihat Plan B kewangan anda..


"Hope for the Best, but always be prepared for the worst"

No comments:

Post a Comment