Wednesday, 6 January 2016

Ramai Rakyat Malaysia Tidak Punya Perlindungan Insurans Yang Cukup (Under-Insured)






 Assalamualaikum wbt.

Rakyat Malaysia secara amnya tidak bersedia untuk 'hari hujan'. Bayangkan jika sesuatu yang tidak diingini menimpa pencari nafkah keluarga dan mereka hanya ada polisi insurans hayat RM50,000..

Hari ini, RM50,000 tidak dapat membuatkan keluarga bertahan lama. Mereka tidak dapat lagi meneruskan gaya hidup keluarga yang sama seperti sebelumnya. 

Mari kita lakukan pengiraan yang mudah.

Berapakah perbelanjaan bulanan isi rumah anda (bil, hutang, belanja sekolah, makanan etc.)? Katakan perbelanjaan bulanan keluarga anda RM5,000 sebulan.

Jadi, RM50,000 / RM5,000 = 10 bulan

Insurans hayat RM 50,000 akan habis dalam masa 10 bulan shj! Adakah anda fikir ini cukup untuk keluarga anda? Sayangkah anda pada keluarga?

Seseorang yang bertanggungjawab akan memastikan kewangan keluarga tidak terjejas bukan sahaja semasa beliau masih ada, tetapi semasa beliau tidak ada di sisi keluarga juga..

Dulu pernah saya dengar seseorang berkata kepada isterinya;
“Sebab saya sayangkan awak dan anak2 lah saya ambil insurans.. manalah tahu saya pergi dulu, saya tak mau awak dan anak2 susah.. saya masih mahu jaga awak dan anak2 walaupun saya sudah tiada lagi..” 

Hubungi saya di talian di bawah untuk maklumat lanjut berkenaan insurans anda dan keluarga.
Perunding Insurans Anda & keluarga

Zulhaizal A. Pazir
016 - 366 1786

(sebahagian besar artikel ini di ambil dari fb @Anuradha Ramasamy.. dialih bahasa dan diolah oleh saya..Terima kasih)