Sunday, 29 November 2015

Cerita Benar Klien Saya

Dengan izin salah sorang klien saya yang masuk hospital smlm... beliau membenarkn saya menulis cerita beliau utk manfaat yg lain..
.
Klien saya ini baru lg mengambil insuran dgn sy masa bulan puasa lepas. Tetapi dua tiga hari selepas polisi diserahkn, beliau menghubungi saya utk membatalkn polisi insurannya..
.
Katanya, bapa beliau marah2 dan menyuruh beliau membatalkan insuran. Bapanya merasakan anaknya membazir wang..
.
Hmm... kes tak faham insuran ni kata hati saya.. Nak terangkn kat bapa dia karang, kena sound pulak.. lgpun, beliau kata bapanya garang.. tangan urat2.. hehe
.
Jadi, kata saya, "apa blh buat, jom kita jumpa.. jangan lupa bawa polisi sekali dan saya akan bawa form surrender policy. Deposit akan dikembalikan sebab masih dlm 15 hr tempoh bertenang."
.
Tiba masa berjumpa itu, saya terus nasihatkn beliau.. lebih kurang mcm ni ler conversation..
.
"Apa yg ayah cik buat sebab dia nak yang terbaik utk cik. Dia takut cik ditipu orang.
Tapi cik dah besar utk menilai, cik boleh fikir sendiri apa yang terbaik utk cik dan keluarga.. Apa tujuan cik nak insurans? Sebab tak nak susahkan keluarga kalau terjadi apa2 bukan? Niat tu dah betul dah..
Tapi ayah cik tidak faham berkenaan insurans jadi nasihat dia ada kesilapan. Bila kita dengar dari orang yang tidak bertauliah walaupun dari mereka yg tersayang, nasihat mereka mungkin banyak tak betul.. seolah2 bila kita sakit tapi tanya nasihat jurutera letrik ubat apa nak makan.. mmg confirm salah nasihatnya..
Jadi, saya takkan halang cik.. fikirlah yg terbaik utk cik dan keluarga.. apa niat cik amik insurans.. itu yg penting.. kalau masih nak terminate polisi, borang saya dah bawa.."
.
Selepas berfikir sejenak, beliau nak teruskan polisi.. tapi beliau minta saya untuk tukar alamat surat menyurat ke alamat kawan beliau utk mengelak bapanya tahu beliau masih ada insurans jika surat insurans atau penyata sampai. Jadi, pertukaran alamat pun saya buat secepat mungkin. Dan saya ucapkn tahniah pada beliau atas keputusan yang bijak..
.
Selepas beberapa bulan, nak dijadikan cerita, malang memang tak berbau.. kelmarin beliau dimasukkan ke hospital swasta kerana denggi.. bapanya tanya nak bayar macam mana, tapi perlahan2 beliau beritahu bapanya supaya jangan risau.. "ayah tak perlu bayar.. kad perubatan Allianz sy akan bayar.."
.
Beliau beritahu saya semalam, bapanya tak marah langsung.. Sebaliknya beliau dapat lihat air muka bapanya tampak lega.. Bagi klien saya pula, beliau bangga tidak menyusahkan kewangan keluarga. Alhamdulillah..
.
Sebenarnya, ini pengalaman kedua saya.. dulu pernah juga terjadi mcm ini.. ayah klien saya mengamuk sebab anaknya ambil insurans. Tp klien saya tetap nak teruskn dalam diam, sebab beliau tahu niat beliau ambil insurans utk kebaikan keluarga juga.
.
Apabila klien saya sakit, semua kos ditanggung insurans. Dipendekkan cerita, klien saya beritahu, bapanya puji beliau sebab boleh berfikir sendiri walaupun dimarah... bapanya juga mengucapkan terima kasih kepada anaknya kerana meneruskan insurans dan berasa bangga kerana anaknya pandai menguruskan kewangan..
.
Kepada yang masih dilema, ambillah iktibar dari cerita benar ini.
.
Jika berminat utk mengetahui lebih lanjut berkenaan insurans, anda boleh hubungi saya di talian di bawah.. Saya boleh membantu anda. In Shaa Allah..
Terima kasih..

Perunding Insurans Anda & Keluarga
Zulhaizal bin Ahamad Pazir
016 - 366 1786

No comments:

Post a Comment