Friday, 17 July 2015

Memori Aidilfitri



Kepada semua, di mana saja anda berada.. Berhati hati memandu sepanjang musim perayaan.. Semoga anda pergi dan pulang dgn selamat.. Memori Aidilfitri seharusnya kekal indah untuk kita semua..

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri.. Maaf Zahir & Batin.

Selamat Menyambut Hari Raya 1436H



Mohon maaf jika ada kekhilafan... Semoga bergembira bersama keluarga tersayang di Hari Mulia..

Sunday, 12 July 2015

INSURANS SEMUA PENIPU!!
.
"Time jual, semua coverla, semua bolehla..ayat manis, janji macam2.. Time nak claim, x dpt! Agent aku pon hilang entah ke mana!! Habis madu sepah dibuang!! Hampeh!!
.
KENAPA TAK BOLEH CLAIM? HAAA?? HAAA??"  (ala2 Nasir Bilal Khan)
.
Ada prospek yang saya jumpa pernah cakap lebih kurang macam kat atas tu la kat saya..
.
Kenapa yer tak boleh Claim? Biarlah saya share antara kes yg pernah sy jumpa di bawah. Sebagai bakal pemegang polisi dan juga kpd pemegang2 polisi seperti anda dan saya, kita semua berhak tau kenapa..
.
1. Policy Lapsed

Anda ada terlupa bayar tak? Ada check polisi masih aktif atau tidak? Tanya agent anda. Hak anda sebagai pemegang polisi untuk bertanya.. Tak dapat tanya agent, tanya terus ke insurans company anda. Ini kerana jika polisi anda tidak berkuatkuasa lagi kerana tiada bayaran dibuat, memang la tak boleh claim.. Kes mcm ni saya pernah jumpa. Bila diteliti, sebenarnya polisi dia dah lapse. Nak claim camner...
.
2. Manfaat Tiada Dalam Polisi
.
Haa.. ni lagi satu kes, bbrp kali dah jadi.. bising punya bising, bila review polisi, rupanya takde manfaat tu.. patut la insurans tak bayar.
.
Ada kes, client ni hanya ada polisi PA sj, tapi masuk hospital sebab penyakit.. mmg la tak boleh claim.. polisi dia untuk kes accident sj.. ni la kes yg nak bayar murah, tapi sah sah dapat benefit tak lengkap. Janji ada insurans katanya. Peduli apa manfaat aku dpt. Skrg x peduli.. bila dah kena, terkejut insurans tak cover.. baru nak peduli?
.
Kes amik insurans takde medical card pun ada.. bila masuk hospital, tuduh insurans tak bayar, tapi bila diteliti, sebenarnya polisi dia hanyalah saving plan tanpa kad perubatan.. adehh...
ini kes beli dr syarikat insurans, tapi yang di beli bukan insurans.. insurans ada banyak produk, pastikan amik perlindungan insurans yang lengkap dulu sebelum amik pelan simpanan yer..
.
Ada kes, yg mana polisi tu cuma ada manfaat bayaran harian dalam hospital sj.. bayaran kos rawatan hospital yg beribu2 tu takde sbb kad perubatan takde.. untuk pengetahuan, manfaat harian tak dapek nak cover kos rawatan hospital yg mahal tu yer.. kena paham yer.. jgn syok dgn manfaat harian sj yer..
.
3. Exclusion
.

General Exclusion
Pengecualian yg dikenakan oleh semua orang yang ambil polisi insurans - cth: berkenaan pergigian, pembedahan plastic etc., insurans memang tak cover.. Sila baca polisi anda berkenaan pengecualian ini. Tak faham, jangan malu bertanya.. tak tau bahagian mana, hubungi agent anda. Kalau agent pun takde, saya boleh tolong supaya anda memahami insurans anda.. In Shaa Allah..
.
Pre Existing Condition
Bagi mereka yang ada masalah kesihatan, polisi mungkin diterima bergantung kepada keadaan kesihatan anda.. tetapi akan dikecualikan rawatan atau pampasan untuk masalah kesihatan itu. Take note on this..Jangan terkejut pulak masa nak claim nnt.
.
Yang belum ada masalah kesihatan tu, ambillah personal insurans secepat mungkin. Jangan menyesal nnt, bila time nak apply, exclude sana sini. Itupun kalau boleh apply. Kalau tak boleh, nak menyesal pun tak berguna dah..
.
Banyak kes, orang tak nak amik insurans sebab katanya company dah cover. Ini pandangan yg salah. Jangan harapkan company sj, sbb company hanya cover selagi kita bekerja dgn mereka. Kalau dah tak bekerja nnt susah.
.
Sy ada kes, org tak boleh nak apply insurans lg kerana penyakit kronik dan kini tak blh bekerja. The moment dia diberhentikan, di situ juga coverage company terhenti. Kalau personal insurans x ada, segala kos perubatan kena bayar sendiri.. nak tanggung kos sara hidup lg mcmana? Ketika itu, baru nak apply insurans dah terlambat dah. Nak menangis keluar air mata darah pun tak berguna lg.. Kawan, jangan ambil mudah dgn perancangan kewangan & insurans. Bersedialah lbh awal.
.
4. Non-Disclosure
.

Sekiranya syarikat insurans mendapat tahu client pernah sakit atau pernah mendapatkan rawatan, tetapi tidak dinyatakan semasa mengisi borang insurans, syarikat insurans berhak untuk tidak membayar tuntutan itu.
.
5. Waiting Period
.
Tidak semua manfaat dilindungi sebaik sahaja polisi berkuatkuasa. Ada manfaat yang memerlukan tempoh menunggu 30 hari, 60 hari dan 120 hari sebelum manfaat dilindungi sepenuhnya. Fahami berkenaan tempoh menunggu ini, ia ada dinyatakan dalam polisi. Saya juga sentiasa beri penerangan semasa penyerahan polisi.
.
Atas sebab ini jugalah, saya menyeru supaya ambillah insurans secepat mungkin. Jangan berlengah.. Lagi cepat ambil, lebih baik untuk anda & keluarga.. cepat2 habiskan waiting period ni..next time nak claim senang.. Sebab sy sendiri ada client yang sengaja delay mengambil insurans sedangkan beliau mampu. Akhinya bila dah ambil, ntah mcm mana kena sakit pulak.. insurans tak dapat cover lg sbb masih dalam waiting period. Terpaksa la beratur panjang kat gomen..
.
Kemalangan & penyakit blh berlaku bila2 masa, tak kira siapa anda, tempat, bangsa, pangkat atau harta. Kalau kita asyik berlengah dan ambil mudah, bila kecemasan terjadi sewaktu polisi masih baru kan susah.. Sekarang ini, kos perubatan pun bukannya murah.
.
Sy rasa sampai di sini saja perkongsian saya hari ini.. Mahukan maklumat lanjut berkenaan insurans, anda boleh hubungi saya di talian di bawah. In Shaa Allah, saya akan membantu yang terbaik untuk anda:
.
016 - 366 1786
.

Perunding Insurans Anda
Zulhaizal A. Pazir