Friday, 12 June 2015

Pengganti Pendapatan.. Penting ke?



Assalamualaikum wbt.

Sedikit perkongsian hari ini.. Ramai orang yg saya jumpa bila bercakap berkenaan insurans, mereka cuma tahu insurans adalah kad perubatan, kad perubatan adalah insurans.. Kerana itu ada yang tersilap dan mengambil kad perubatan shj dan mengabaikan manfaat penting yang lain. 


Sebenarnya dalam pengambilan insurans.. Janganlah hanya ambil medical card shj.. ini kerana, bukan hanya kad perubatan shj yg penting, tetapi manfaat 'Pengganti Pendapatan' (Income Replacement) juga sangat penting.. 



Tetapi masih ada yang saya lihat tiada Income Replacement.. kalau ada pun, terlalu sedikit.. dua tiga bulan jer dah habis.. 




Tanyalah diri sendiri, jika semalam anda didapati menghidap penyakit kritikal dan kini terlantar sakit.. anda tentu akan kehilangan kerja & pendapatan pun terhenti..


Kalau $$$ bulanan dah takde, siapa nak tanggung kos sara hidup anda & keluarga? Makan, pakai, bill2, hutang, yuran sekolah anak dan sbgnya.. Fikir2 kan..


Ketika itu, wang keluar pun macam air terjun.. nak beli supplement bulanan, rawatan alternatif, susu khas etc etc.. kalau takde pengganti pendapatan bantu, memang masalah kewangan besar akan terjadi.. lihatlah contoh gambar..




Saya nak tanya, kalau anda tinggalkan keluarga tiga hari, sudah tentu anda akan tinggalkan wang saku yg cukup utk tiga hari.. betul kan?


kalau anda tinggalkan keluarga sebulan, sudah tentu anda tinggalkan wang sakunhjm  sebulan juga. betul?


Cuba tanya diri sendiri, kalau semalam anda tiba2 tinggalkan keluarga anda selama2nya, berapakah wang belanja yang anda mahu tinggalkan untuk mereka? 


Kematian, Penyakit & Kemalangan bila2 masa sj boleh berlaku.. nak kumpul sendiri ambil masa sangat lama.. musibah bukannya boleh tunggu.. Oleh itu bersedialah dengan insurans yang lengkap dan cukup. Insurans merupakan financial tools yang boleh create Emergency Fund untuk anda dan keluarga dalam masa yang singkat..


Sekali lagi, nasihat saya janganlah hanya ambil medical card shj.. tak lengkap insurans anda tu.. lbh banyak kekurangan drpd kelebihan..


Lindungilah pendapatan anda kerana ia boleh terhenti dengan tiba2.. Manfaat 'Pengganti Pendapatan' utk Penyakit Kritikal dan Kematian sangat2 penting terutama di zaman segalanya mahal skrg ni. 


Lagi satu yg penting, pastikan juga insurans anda mempunyai manfaat Payor Waiver.. Ini kerana, jika berlakunya Penyakit Kritikal, insurans anda akan menjadi percuma sehingga umur 100 tahun. Dah tak perlu dah bayar insurans. 


Ketika sakit kritikal, anda dah takde masa dan wang nak bayar insurans.. kalau jadi free.. Alhamdulillah.. bab insurans dah tak payah fikir.. guna sj manfaat yg ada.. 


Paling penting, jika ada insurans anak, ia juga akan jadi percuma sehingga anak itu berumur 25 tahun..kalau tak, pening la nak bayar insurans anak.. dah la tengah sakit.. fuhhh.. masalah tu..


Jika anda mahukan maklumat lanjut berkenaan Pengganti Pendapatan.. Macamana nak tentukan cukup atau tidak.. Jangan malu untuk bertanya. In Shaa Allah, saya akan cuba yang terbaik untuk membantu. Hubungi saya di talian di bawah. Terima Kasih.


016 - 366 1786
.
Zulhaizal A. Pazir
Perunding Insurans Anda


No comments:

Post a Comment