Monday, 30 November 2015

Kad Perubatan Terbaru & Terhebat dari Allianz

 Berita Hebat 

Ramai lagi yang masih belum tahu..

Allianz telah melancarkan Kad Perubatan terbaru pertengahan bulan Oktober lepas (Lihat juga post saya pada 22/10/2015).

Kad Perubatan baru ini PASTI memberikan anda KETENANGAN FIKIRAN yang anda impikan!

  • ✅ Tiada Ko-Insurans
  • Had Penggunaan Tahunan Yang Sangat Tinggi !! (Pilihan paling rendah pun RM850,000 SETAHUN.. tinggi juga tu!!)
  • TIADA Had Sepanjang Hayat
  • ✅ PERLINDUNGAN Pesakit Luar Denggi & Demam Kepialu (Typhoid) 
  • ✅ Perlindungan RAWATAN ALTERNATIF seperti Chiropractic, Chiropody, Homeopathy, Osteopathy & Acupunctur
  •  Pendapat Perubatan Kedua (SECOND Medical Opinion)
  • ✅ Ganjaran Tiada Tuntutan
  • ✅ Perlindungan Penuh Jika Mendapatkan Rawatan di SINGAPURA (MediSafe Infinite Extra)
  • ✅ Sangat BERPATUTAN

Berminat??? Hubungi Saya Laju2 Untuk Maklumat Lanjut berkenaan Kad Medikal Terhebat Kami      😊



Produk terbaik dari Syarikat Terbaik di dunia..

Perunding Insurans Anda & Keluarga

Zulhaizal A. Pazir
016 - 366 1786



Tahniah Allianz Malaysia!!

Jika berminat utk mengetahui lebih lanjut berkenaan insurans, anda boleh hubungi saya di talian di bawah.. Terima kasih..
Perunding Insurans Anda & Keluarga
Zulhaizal bin Ahamad Pazir
016 - 366 1786

Sunday, 29 November 2015

Cerita Benar Klien Saya

Dengan izin salah sorang klien saya yang masuk hospital smlm... beliau membenarkn saya menulis cerita beliau utk manfaat yg lain..
.
Klien saya ini baru lg mengambil insuran dgn sy masa bulan puasa lepas. Tetapi dua tiga hari selepas polisi diserahkn, beliau menghubungi saya utk membatalkn polisi insurannya..
.
Katanya, bapa beliau marah2 dan menyuruh beliau membatalkan insuran. Bapanya merasakan anaknya membazir wang..
.
Hmm... kes tak faham insuran ni kata hati saya.. Nak terangkn kat bapa dia karang, kena sound pulak.. lgpun, beliau kata bapanya garang.. tangan urat2.. hehe
.
Jadi, kata saya, "apa blh buat, jom kita jumpa.. jangan lupa bawa polisi sekali dan saya akan bawa form surrender policy. Deposit akan dikembalikan sebab masih dlm 15 hr tempoh bertenang."
.
Tiba masa berjumpa itu, saya terus nasihatkn beliau.. lebih kurang mcm ni ler conversation..
.
"Apa yg ayah cik buat sebab dia nak yang terbaik utk cik. Dia takut cik ditipu orang.
Tapi cik dah besar utk menilai, cik boleh fikir sendiri apa yang terbaik utk cik dan keluarga.. Apa tujuan cik nak insurans? Sebab tak nak susahkan keluarga kalau terjadi apa2 bukan? Niat tu dah betul dah..
Tapi ayah cik tidak faham berkenaan insurans jadi nasihat dia ada kesilapan. Bila kita dengar dari orang yang tidak bertauliah walaupun dari mereka yg tersayang, nasihat mereka mungkin banyak tak betul.. seolah2 bila kita sakit tapi tanya nasihat jurutera letrik ubat apa nak makan.. mmg confirm salah nasihatnya..
Jadi, saya takkan halang cik.. fikirlah yg terbaik utk cik dan keluarga.. apa niat cik amik insurans.. itu yg penting.. kalau masih nak terminate polisi, borang saya dah bawa.."
.
Selepas berfikir sejenak, beliau nak teruskan polisi.. tapi beliau minta saya untuk tukar alamat surat menyurat ke alamat kawan beliau utk mengelak bapanya tahu beliau masih ada insurans jika surat insurans atau penyata sampai. Jadi, pertukaran alamat pun saya buat secepat mungkin. Dan saya ucapkn tahniah pada beliau atas keputusan yang bijak..
.
Selepas beberapa bulan, nak dijadikan cerita, malang memang tak berbau.. kelmarin beliau dimasukkan ke hospital swasta kerana denggi.. bapanya tanya nak bayar macam mana, tapi perlahan2 beliau beritahu bapanya supaya jangan risau.. "ayah tak perlu bayar.. kad perubatan Allianz sy akan bayar.."
.
Beliau beritahu saya semalam, bapanya tak marah langsung.. Sebaliknya beliau dapat lihat air muka bapanya tampak lega.. Bagi klien saya pula, beliau bangga tidak menyusahkan kewangan keluarga. Alhamdulillah..
.
Sebenarnya, ini pengalaman kedua saya.. dulu pernah juga terjadi mcm ini.. ayah klien saya mengamuk sebab anaknya ambil insurans. Tp klien saya tetap nak teruskn dalam diam, sebab beliau tahu niat beliau ambil insurans utk kebaikan keluarga juga.
.
Apabila klien saya sakit, semua kos ditanggung insurans. Dipendekkan cerita, klien saya beritahu, bapanya puji beliau sebab boleh berfikir sendiri walaupun dimarah... bapanya juga mengucapkan terima kasih kepada anaknya kerana meneruskan insurans dan berasa bangga kerana anaknya pandai menguruskan kewangan..
.
Kepada yang masih dilema, ambillah iktibar dari cerita benar ini.
.
Jika berminat utk mengetahui lebih lanjut berkenaan insurans, anda boleh hubungi saya di talian di bawah.. Saya boleh membantu anda. In Shaa Allah..
Terima kasih..

Perunding Insurans Anda & Keluarga
Zulhaizal bin Ahamad Pazir
016 - 366 1786

Monday, 26 October 2015

Belajar dari Kesilapan Orang Lain



 


Belajar dr kesilapan org lain.. hanya mereka yg pernah mengalaminya sj yg tau..
.
# usaha dan tawakkal
# insurans tu utk mereka yg bertanggungjawab sj
# tak nak susahkan famili
.
Kalau korang rasa2 ler keluarga tu penting, contact sy utk appt..
.
Perunding Insurans Anda


Zulhaizal A. Pazir
016 - 366 1786



Thursday, 22 October 2015

Hebat! Kad Perubatan Terbaru dari Allianz!

Wow!!! Medical Card Terbaru Allianz memang Hebat! Dengan tambahan bbrp benefit baru ditambah pulak dengan Had Tahunan yang Super Besar dan Tiada Had Sepanjang Hayat!
Tak payah risau nak kena upgrade selalu sbb takut tak cukup had tahunan.

Had Tahunan penting tu!! Saya sendiri pernah tengok bil perubatan bernilai RM 200,000 dalam satu bil.. Had Tahunan yang kecik tak cukup menampung bil perubatan tinggi terutama kalau terkena penyakit kritikal seperti kanser di bawah.. jadi bersedialah lebih awal.

Pada sesiapa yang mahukan peace of mind.. Mahukan HAD TAHUNAN yang tinggi seperti RM 1 juta, 1.2 juta atau lebih lagi.. Hubungi saya untuk maklumat lanjut. Sure tak menyesal punya!

Perunding Insurans Anda & Keluarga

Zulhaizal A. Pazir

016- 366 1786

The Most Valuable Insurance Brands of 2015.


Allianz no. 1 !! 

http://brandirectory.com/league_tables/table/insurance-2015

Pilihlah yang terbaik! 

Hubungi saya :

Perunding Insurans Anda & Keluarga

Zulhaizal A. Pazir 
016 - 366 1786


Tuesday, 22 September 2015



Kepada semua Muslimin & Muslimat, Selamat Menyambut Hari Raya Korban.. Jika ada salah dan silap, harap dapat dimaafkan. 

Ikhlas dr kami:

Zulhaizal A. Pazir & keluarga.


Ramai yg sedia maklum, kos perubatan kini bukan shj tinggi malah makin meningkat saban tahun.. 



Kpd yg masih mencari, anda boleh hubungi saya di talian di bawah. 



In Shaa Allah, dgn pengalaman yg ada, sy blh membantu dan memberi perkhidmatan yg terbaik utk anda.


Perunding Insurans Anda & Keluarga

Zulhaizal A. Pazir
016 - 366 1786


Wednesday, 12 August 2015



Key to more successful life. Don't stop learning.
K : Keep
E : Educating
Y : Yourself
.
Be a beginner till the end. Be a learner till the death. Never stop learning. People who stop learning, stop growing.
.
"The illiterate of the 21st century will not be those who cannot read and write, but those who cannot learn, unlearn and relearn" - Alvin Toffler-
.
"Once you stop learning, you start dying" - Albert Einstein-

Friday, 17 July 2015

Memori Aidilfitri



Kepada semua, di mana saja anda berada.. Berhati hati memandu sepanjang musim perayaan.. Semoga anda pergi dan pulang dgn selamat.. Memori Aidilfitri seharusnya kekal indah untuk kita semua..

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri.. Maaf Zahir & Batin.

Selamat Menyambut Hari Raya 1436H



Mohon maaf jika ada kekhilafan... Semoga bergembira bersama keluarga tersayang di Hari Mulia..

Sunday, 12 July 2015

INSURANS SEMUA PENIPU!!
.
"Time jual, semua coverla, semua bolehla..ayat manis, janji macam2.. Time nak claim, x dpt! Agent aku pon hilang entah ke mana!! Habis madu sepah dibuang!! Hampeh!!
.
KENAPA TAK BOLEH CLAIM? HAAA?? HAAA??"  (ala2 Nasir Bilal Khan)
.
Ada prospek yang saya jumpa pernah cakap lebih kurang macam kat atas tu la kat saya..
.
Kenapa yer tak boleh Claim? Biarlah saya share antara kes yg pernah sy jumpa di bawah. Sebagai bakal pemegang polisi dan juga kpd pemegang2 polisi seperti anda dan saya, kita semua berhak tau kenapa..
.
1. Policy Lapsed

Anda ada terlupa bayar tak? Ada check polisi masih aktif atau tidak? Tanya agent anda. Hak anda sebagai pemegang polisi untuk bertanya.. Tak dapat tanya agent, tanya terus ke insurans company anda. Ini kerana jika polisi anda tidak berkuatkuasa lagi kerana tiada bayaran dibuat, memang la tak boleh claim.. Kes mcm ni saya pernah jumpa. Bila diteliti, sebenarnya polisi dia dah lapse. Nak claim camner...
.
2. Manfaat Tiada Dalam Polisi
.
Haa.. ni lagi satu kes, bbrp kali dah jadi.. bising punya bising, bila review polisi, rupanya takde manfaat tu.. patut la insurans tak bayar.
.
Ada kes, client ni hanya ada polisi PA sj, tapi masuk hospital sebab penyakit.. mmg la tak boleh claim.. polisi dia untuk kes accident sj.. ni la kes yg nak bayar murah, tapi sah sah dapat benefit tak lengkap. Janji ada insurans katanya. Peduli apa manfaat aku dpt. Skrg x peduli.. bila dah kena, terkejut insurans tak cover.. baru nak peduli?
.
Kes amik insurans takde medical card pun ada.. bila masuk hospital, tuduh insurans tak bayar, tapi bila diteliti, sebenarnya polisi dia hanyalah saving plan tanpa kad perubatan.. adehh...
ini kes beli dr syarikat insurans, tapi yang di beli bukan insurans.. insurans ada banyak produk, pastikan amik perlindungan insurans yang lengkap dulu sebelum amik pelan simpanan yer..
.
Ada kes, yg mana polisi tu cuma ada manfaat bayaran harian dalam hospital sj.. bayaran kos rawatan hospital yg beribu2 tu takde sbb kad perubatan takde.. untuk pengetahuan, manfaat harian tak dapek nak cover kos rawatan hospital yg mahal tu yer.. kena paham yer.. jgn syok dgn manfaat harian sj yer..
.
3. Exclusion
.

General Exclusion
Pengecualian yg dikenakan oleh semua orang yang ambil polisi insurans - cth: berkenaan pergigian, pembedahan plastic etc., insurans memang tak cover.. Sila baca polisi anda berkenaan pengecualian ini. Tak faham, jangan malu bertanya.. tak tau bahagian mana, hubungi agent anda. Kalau agent pun takde, saya boleh tolong supaya anda memahami insurans anda.. In Shaa Allah..
.
Pre Existing Condition
Bagi mereka yang ada masalah kesihatan, polisi mungkin diterima bergantung kepada keadaan kesihatan anda.. tetapi akan dikecualikan rawatan atau pampasan untuk masalah kesihatan itu. Take note on this..Jangan terkejut pulak masa nak claim nnt.
.
Yang belum ada masalah kesihatan tu, ambillah personal insurans secepat mungkin. Jangan menyesal nnt, bila time nak apply, exclude sana sini. Itupun kalau boleh apply. Kalau tak boleh, nak menyesal pun tak berguna dah..
.
Banyak kes, orang tak nak amik insurans sebab katanya company dah cover. Ini pandangan yg salah. Jangan harapkan company sj, sbb company hanya cover selagi kita bekerja dgn mereka. Kalau dah tak bekerja nnt susah.
.
Sy ada kes, org tak boleh nak apply insurans lg kerana penyakit kronik dan kini tak blh bekerja. The moment dia diberhentikan, di situ juga coverage company terhenti. Kalau personal insurans x ada, segala kos perubatan kena bayar sendiri.. nak tanggung kos sara hidup lg mcmana? Ketika itu, baru nak apply insurans dah terlambat dah. Nak menangis keluar air mata darah pun tak berguna lg.. Kawan, jangan ambil mudah dgn perancangan kewangan & insurans. Bersedialah lbh awal.
.
4. Non-Disclosure
.

Sekiranya syarikat insurans mendapat tahu client pernah sakit atau pernah mendapatkan rawatan, tetapi tidak dinyatakan semasa mengisi borang insurans, syarikat insurans berhak untuk tidak membayar tuntutan itu.
.
5. Waiting Period
.
Tidak semua manfaat dilindungi sebaik sahaja polisi berkuatkuasa. Ada manfaat yang memerlukan tempoh menunggu 30 hari, 60 hari dan 120 hari sebelum manfaat dilindungi sepenuhnya. Fahami berkenaan tempoh menunggu ini, ia ada dinyatakan dalam polisi. Saya juga sentiasa beri penerangan semasa penyerahan polisi.
.
Atas sebab ini jugalah, saya menyeru supaya ambillah insurans secepat mungkin. Jangan berlengah.. Lagi cepat ambil, lebih baik untuk anda & keluarga.. cepat2 habiskan waiting period ni..next time nak claim senang.. Sebab sy sendiri ada client yang sengaja delay mengambil insurans sedangkan beliau mampu. Akhinya bila dah ambil, ntah mcm mana kena sakit pulak.. insurans tak dapat cover lg sbb masih dalam waiting period. Terpaksa la beratur panjang kat gomen..
.
Kemalangan & penyakit blh berlaku bila2 masa, tak kira siapa anda, tempat, bangsa, pangkat atau harta. Kalau kita asyik berlengah dan ambil mudah, bila kecemasan terjadi sewaktu polisi masih baru kan susah.. Sekarang ini, kos perubatan pun bukannya murah.
.
Sy rasa sampai di sini saja perkongsian saya hari ini.. Mahukan maklumat lanjut berkenaan insurans, anda boleh hubungi saya di talian di bawah. In Shaa Allah, saya akan membantu yang terbaik untuk anda:
.
016 - 366 1786
.

Perunding Insurans Anda
Zulhaizal A. Pazir

Friday, 12 June 2015

Pengganti Pendapatan.. Penting ke?



Assalamualaikum wbt.

Sedikit perkongsian hari ini.. Ramai orang yg saya jumpa bila bercakap berkenaan insurans, mereka cuma tahu insurans adalah kad perubatan, kad perubatan adalah insurans.. Kerana itu ada yang tersilap dan mengambil kad perubatan shj dan mengabaikan manfaat penting yang lain. 


Sebenarnya dalam pengambilan insurans.. Janganlah hanya ambil medical card shj.. ini kerana, bukan hanya kad perubatan shj yg penting, tetapi manfaat 'Pengganti Pendapatan' (Income Replacement) juga sangat penting.. 



Tetapi masih ada yang saya lihat tiada Income Replacement.. kalau ada pun, terlalu sedikit.. dua tiga bulan jer dah habis.. 




Tanyalah diri sendiri, jika semalam anda didapati menghidap penyakit kritikal dan kini terlantar sakit.. anda tentu akan kehilangan kerja & pendapatan pun terhenti..


Kalau $$$ bulanan dah takde, siapa nak tanggung kos sara hidup anda & keluarga? Makan, pakai, bill2, hutang, yuran sekolah anak dan sbgnya.. Fikir2 kan..


Ketika itu, wang keluar pun macam air terjun.. nak beli supplement bulanan, rawatan alternatif, susu khas etc etc.. kalau takde pengganti pendapatan bantu, memang masalah kewangan besar akan terjadi.. lihatlah contoh gambar..




Saya nak tanya, kalau anda tinggalkan keluarga tiga hari, sudah tentu anda akan tinggalkan wang saku yg cukup utk tiga hari.. betul kan?


kalau anda tinggalkan keluarga sebulan, sudah tentu anda tinggalkan wang sakunhjm  sebulan juga. betul?


Cuba tanya diri sendiri, kalau semalam anda tiba2 tinggalkan keluarga anda selama2nya, berapakah wang belanja yang anda mahu tinggalkan untuk mereka? 


Kematian, Penyakit & Kemalangan bila2 masa sj boleh berlaku.. nak kumpul sendiri ambil masa sangat lama.. musibah bukannya boleh tunggu.. Oleh itu bersedialah dengan insurans yang lengkap dan cukup. Insurans merupakan financial tools yang boleh create Emergency Fund untuk anda dan keluarga dalam masa yang singkat..


Sekali lagi, nasihat saya janganlah hanya ambil medical card shj.. tak lengkap insurans anda tu.. lbh banyak kekurangan drpd kelebihan..


Lindungilah pendapatan anda kerana ia boleh terhenti dengan tiba2.. Manfaat 'Pengganti Pendapatan' utk Penyakit Kritikal dan Kematian sangat2 penting terutama di zaman segalanya mahal skrg ni. 


Lagi satu yg penting, pastikan juga insurans anda mempunyai manfaat Payor Waiver.. Ini kerana, jika berlakunya Penyakit Kritikal, insurans anda akan menjadi percuma sehingga umur 100 tahun. Dah tak perlu dah bayar insurans. 


Ketika sakit kritikal, anda dah takde masa dan wang nak bayar insurans.. kalau jadi free.. Alhamdulillah.. bab insurans dah tak payah fikir.. guna sj manfaat yg ada.. 


Paling penting, jika ada insurans anak, ia juga akan jadi percuma sehingga anak itu berumur 25 tahun..kalau tak, pening la nak bayar insurans anak.. dah la tengah sakit.. fuhhh.. masalah tu..


Jika anda mahukan maklumat lanjut berkenaan Pengganti Pendapatan.. Macamana nak tentukan cukup atau tidak.. Jangan malu untuk bertanya. In Shaa Allah, saya akan cuba yang terbaik untuk membantu. Hubungi saya di talian di bawah. Terima Kasih.


016 - 366 1786
.
Zulhaizal A. Pazir
Perunding Insurans Anda


Monday, 18 May 2015

Dalam bulan ni sj dah ada bbrp clients saya yang dimasukkan ke hospital atas sebab2 penyakit dan kemalangan.. Musibah berlaku bila2 masa.. Alhamdulillah, mereka telah bersedia. 
.
Petang tadi pun ada seorang anak client sy yang dah selamat discharge dr hospital. Tadi sy melawat ler sekejap sebelum discharge.. Anak ini dimasukkan ke hospital kerana apendiks. Bil hospital dalam RM 9000 lbh td.. (huuu... makin mahal..klu tak silap dlm dua tiga tahun lepas dalam 6-7k jer.. sekarang..) Tapi Allianz tanggung 100%.. Mmg terbaik Allianz..
.
Bapanya bercerita pada saya tadi, pagi Jumaat lps, mulanya beliau bawa anak ke Hospital Kerajaan sbb sakit perut teramat sangat.. doktor sahkn mmg appendiks, tetapi pembedahan kena masuk waiting list sebab ramai patient..
.
Kesian tengok anak yang sakit teruk.. mmg tak boleh tunggu dah.. Beliau bawa anaknya terus ke Tropicana Hospital pada hari yang sama juga. Kad perubatan Allianz kan ada.. baru amik pulak tu dlm December 2014.. Alhamdulillah, admission dan rawatan pun cepat.
.
Kalaulah takde insurans, hari ni macamana nak bayar RM 9800 tue? Pasti kewangan dan simpanan keluarga yang akan terjejas..
.
Inilah kelebihan mempunyai insurans.. peace of mind.. bila tragedi berlaku tiba2, tak ler risau mana nak cari duit.. paling penting ambil perlindungan yang lengkap.. satu lagi yang sgt penting.. agent yg anda lantik komited atau tidak.. produk bagus, agent tak nak servis pun tak guna gak..
.
Apa pun, paling best untuk saya tadi, bila dengar seseorang mengucapkan terima kasih atas nasihat dan servis yang kita beri.. Mmg puas bila dapat membantu masyarakat.. That is why for me, doing insurance is a noble thing to do.. another way for me to help others.
.
Akhir sekali, sesiapa memerlukan khidmat nasihat berkenaan insurans, anda bolehlah PM atau hubungi saya di talian ini.. 016 366 1786. Terima kasih..
.
Zulhaizal A. Pazir
Perunding Insurans Anda

Saturday, 7 March 2015

Insurans Terbaik



Untuk dapatkan yang terbaik seharusnya daripada yang terbaik... berminat, hubungi saya untuk maklumat lanjut..

016 366 1786
Zulhaizal A. Pazir
Perunding Insurans Anda

Wednesday, 18 February 2015

When You're Away...




Are you travelling away from home this holiday? Here are some reminders before you leave the house.... 

Happy Chinese New Year for those who are celebrating! Gong Xi! Gong Xi!