Wednesday, 26 March 2014

Tips Hari Ini: Kesilapan Dalam Proses Mengambil Insurans


Sesuatu yang ramai orang buat silap dalam pemilihan insurans, adalah bila mereka bertanya dan menerima nasihat tentang insurans daripada kenalan, kawan, saudara, isteri atau suami, rakan kerja, adik beradik, forum internet atau sesiapa sahaja yang tidak terlatih dalam bidang insurans. Pendek kata, orang yang ditanyakan bukannya perunding insuran professional!

Pada pandangan saya, walaupun orang yang ditanyakan memang bermaksud baik tampil memberi nasihat untuk membantu, tetapi masalah yang berlaku adalah, info yang mereka beri berkemungkinan besar tidak tepat. Ini kerana mereka tidak terlatih dalam bidang insurans, tidak mendapat latihan professional setiap tahun dan tidak update dalam perkembangan semasa berkenaan insurans.

Sebagai contoh perbandingan, ia seolah2, seorang yang sakit tidak pergi minta nasihat dari doktor, tapi pergi jumpa pekerja kilang. Sudah tentu nasihatnya tidak tepat!

Bila kereta anda rosak, untuk mendapatkan nasihat dan repair yang betul, sudah tentu anda pergi jumpa mekanik professional, betul tak? Takkan nak tanya Chef pulak. Bertambah rosak kereta anda nanti.

Begitu juga, dengan insurans.. Jangan letak risiko perancangan kewangan anda dan keluarga ditangan orang yang salah. Anda dan keluarga mungkin berdepan dengan masalah kewangan suatu hari nanti.

Kenapa saya tulis begini, kerana sudah beberapa kali, saya berjumpa dgn mereka yang bertanyakan khidmat nasihat dari orang yang salah. Ada kes yang cancel insurans polisi! Kerana kawan, ibu bapa kata rugi amik insurans. Akhirnya, sekarang nak ambil semula, dah ada condition dan lebih mahal dari dulu. Menyesal pun tak guna dah..

Ada isteri (housewife) yang kata tak perlu amik insurans pada suami mereka yang dah nak amik insurans untuk satu keluarga. Akhirnya, anak sakit, terpaksa kosongkan simpanan, bergadai sana sini bayar kos perubatan sendiri.

Ini antara kes, yang pernah saya jumpa sepanjang saya menceburkan diri dalam bidang insurans. Kadang2 tak terkata dibuatnya.. Di forum internet lebih teruk lagi.. Yang tak tau langsung berkenaan insurans pun bagi pendapat. Kadang2 saya geleng kepala tengok mereka yang tidak tahu menahu berkenaan insurans bagi nasihat kepada orang ramai berkenaan insurans. Ada yang kata insurans tipu dan sebagainya. Haaa.. ini nasihat yang lebih teruk..Nasihat ini datang dari mereka yang langsung tidak faham insurans. Kalau anda dengar nasihat begini dan ikut, anda telah meletakkan risiko kewangan anda dan keluarga dalam bahaya.

Kepada mereka yang ditanya pula, saya sarankan, lebih baik anda directkan mereka yang bertanya kepada agent yang anda kenal dan tahu agent ini terlatih, berlesen dan professional dalam bidangnya.

Oleh itu, kepada sesiapa yang mahu khidmat nasihat berkenaan insurans, sentiasalah mencari dan bertanyakan dari mereka yang terlatih, komited dan professional dalam bidang insurans. Walaupun saya tahu memang ada orang pernah ditipu dengan insurans agen. Curi duit caruman dsb.. Ada juga kes insurans agent, lepas sign up client, terus hilang tanpa khabar berita. Takde follow up, takde servis, buku polisi pun tak bagi! Tapi bukan semua agen begitu. Ada yang professional, sangat komited dan passionate dengan kerjayanya. Agent ini ada dan memang anda kena cari.. :) 

Pendek kata, dalam setandan pisang, bukan semua yang busuk. 

Perbandingan lain, jika anda pergi restoran dan makanan kat restoran itu tak sedap. Servis tak bagus. Adakah anda akan menyalahkan semua restoran dan stop makan kat luar? Tidak bukan. Anda mungkin stop makan kat restoran tu jer, tapi takkan stop makan kat restoran lain. Begitu juga jika kereta anda rosak, anda pergi jumpa mekanik, dan mekanik itu rupanya tidak bagus dan menipu anda. Adakah anda berhenti hantar kereta ke workshop yang lain? Tidak bukan? Anda pasti kena mencari workshop yang lain juga.

Begitu juga dengan insurans agent.

Perlu diingat, bukan semua agent melakukan perkara yang salah. Jangan disebabkan kesilapan seorang agent insurans, anda hukum semua agen dan berhenti mengambil insurans selamanya. Itu bukan keputusan yang bijak. Keputusan itu sebenarnya lebih bahaya kepada anda sendiri. Anda dan keluarga anda juga yang rugi. Jika ada yang melakukan kesalahan seperti menipu, anda berhak membuat laporan ke pihak atasan bersama dgn bukti.

Akhir sekali, saya ulang, sentiasalah bertanyakan dari mereka yang terlatih, komited dan professional dalam bidang insurans. In Shaa Allah, jika anda benar2 mencari, anda akan jumpa mereka yang mempunyai kualiti seperti yang saya sebutkan.

Sekian sahaja tulisan saya kali ini..

Terima Kasih,

Zulhaizal A. Pazir
Perunding Insurans Anda
016-366 1786

No comments:

Post a Comment