Friday, 6 December 2013


"Life insurance is bought not because people die, but, rather, because incomes die.."

Sejauh mana org faham ttg kenyataan di atas.

Nak dijadikan cerita, bulan lepas teringat satu kes dgn sorang prospek ni kat Putrajaya.. lepas present ttg insurance, dia kata. "Aku tak nak beli life insurance sbb insurance ni meletakkan harga pada nyawa orang. Haram!" (merujuk kepada pampasan kematian).

Dipendekkan cerita, sy cuba explain tapi beliau ttp berkeras. Akhirnya beliau tak amik insurans juga.. apa nak buat, saya cuma rasa kesian kat isteri beliau yg tak bekerja tuh dan anak2 nya kerana mereka memiliki seseorang yg tidak begitu bertanggungjawab dan tidak peduli tentang perancangan kewangan keluarga. Hmm...

Tapi Benar ke insurans meletakkan harga pada nyawa kita? kalau saya letak pampasan kematian 100k pada En A, maksudnya saya letakkan harga pada nyawa En A tu ker? Adakah itu tujuan insurans, yakni meletakkan value pada nyawa seseorang client?

Inilah salah faham yg dah berlaku.. Bagi saya, Life Insurans bertujuan untuk melindungi pendapatan. Ia lebih kepada perlindungan kewangan dan bukan seperti yg dituduh prospek tadi.

Pendapatan kita boleh hilang disebabkan kematian atau sakit kritikal dan cacat kekal. Jika pendapatan hilang, bagaimana nasib family yg masih dalam tanggungan. Bersediakah mereka dr segi kewangan?

Baru2 ini, saya ada dgr satu kisah dari seorang agent insurans, ttg client beliau yg telah meninggal dunia dan keluarga si mati telah membelanjakan lebih kurang RM120,000 dlm masa setahun untuk rawatan perubatan si mati semasa sedang sakit kritital. Mujur si mati pernah membeli life insurans di masa hayatnya.. dan keluarga dapat wang pampasan berjumlah RM190,000. Alhamdulillah boleh menggantikan semula wang yg telah dibelanjakn tu dan dapat membayar hutang piutang termasuk ada lebihan yg waris si mati boleh guna sementara untuk menyesuaikan diri dgn suasana baru.

Jika anda baca cerita di atas ini, anda pun dah nampak, insurans tidak dibeli untuk kepentingan pembeli atau meletakkan harga pada nyawa pembeli. Ia bertujuan untuk melindungi kewangan seseorang dan keluarga. Supaya orang yg kita sayangi tidak dihimpit kesusahan kewangan bila kecemasan berlaku.

Oleh itu boleh kita katakan,
Men and Women now buy insurance not because they expect to die, but because they expect someone to live, themselves included.

Lastly, macammana nak tau pampasan yg betul jika anda berminat nak amik insurans? Bagi saya, ada dua cara.

1. Matchkan pampasan dgn jumlah hutang yg kita ada.. kita tak nak hutang tu ditransferkan kat waris kita bila kita dah takde lagi. Jika hutang anda 1 juta, dinasihatkan amiklah pampasan 1 juta juga.

2. Jika pendapatan tahunan anda cth: RM 50,000 setahun.. darabkan dgn 5. Pampasan cacat kekal dan pampasan sakit kritikal yg perlu anda ambil paling minimum, RM 250,000.
Supaya jika musibah diatas berlaku, dan anda kehilangan kerja dan pendapatan, at least dgn adanya pampasan insurans ini, kewangan keluarga boleh bertahan sekurang-kurangnya 4 - 5 tahun lg. Manalah tau, family pulak terpaksa menyara anda yg sakit. At least ada sejumlah wang utk mereka guna utk menyara kos sara hidup spt. bill, hutang, makan pakai dsb.

Berdasarkan 2 point kat atas, ada ker sy tulis point ttg letak value pada nyawa? Mana ada! Kan Dah kata dah, Ia lebih kepada melindungi kewangan keluarga.

Niat / Tujuan amik insurans tu yg paling penting..

Apa pulak tujuan anda amik insurans?

Jika anda seorang yg sayangkan keluarga dan bertanggungjawab, hubungilah saya untuk maklumat lanjut berkenaan insurans.