Friday, 28 June 2013

Pahit Manis Pengalaman...

Baru2 ini, saya ada jumpa seorang prospek yg telah menamatkan insuransnya bbrp tahun lepas kerana berasa rugi sebab tak pernah guna pon benefitnya. Dengan tegas, dia kata tak pernah sakit. Buat apa amik insurans. So dia rasa rugi menyimpan kat insurans.

Saya kata kat dia:

Nobody in their right mind atau dalam Bahasa Malaysia, Tak ada sapa yg berfikiran WARAS mengambil insurans mengharapkan dapat guna benefit insurans tu! Saya sendiri pun kalau boleh tak nak guna insurans benefit saya.
Kawan, kita mengambil insurans BUKAN bertujuan supaya dapat sakit atau accident. Tapi kerana sedar tentang uncertainty. Tahukah anda, kemalangan dan penyakit boleh berlaku bila2 masa tak kira dimana dan usia? Jika ia berlaku, kat mana anda nak mintak tolong. Kalau doktor minta RM100,000 untuk rawatan, sudahkah anda bersedia?? Sudahkah keluarga anda bersedia??

Kalau nasib tak baik, didiagnos dgn Penyakit Kritikal. Sedarkah anda hidden cost ini : Kos rawatan susulan, kos2 ambil supplement dan mungkin juga pergi rawatan tradisional dan sebagainya. Duit keluar macam air terjun.. Sudahkah anda sediakan emergency fund untuk ini??

Ada kes sakit kritital, setiap bulan keluarga habis dlm 2k - 3k additional kos utk makanan supplement dan rawatan lain. Itu tak termasuk kos rawatan moden tu. Itu perbelanjaan tambahan!! Tidakkah anda kesian tengok keluarga bersusah payah disebabkan anda tak plan kewangan anda dari awal?

Insurans adalah seperti tayar spare dalam kereta. Ramai jg orang yg tak pernah guna tayar spare. Saya sendiri tak pernah guna pon tayar spare tu. Tak pernah pancit, buat apa guna ye tak? Tapi untuk saya tinggalkan tayar tu kat rumah dan drive sana sini atau balik kampung tanpa tayar spare, saya tak berani. Manalah tau kalau pancit, at least tak yah tunggu lama. Terus boleh buat sendiri.

Sama jugalah seperti Air Bag dlm keta. Ia tak bernilai apa2 kalau takde accident berlaku. Tapi kalau berlaku, Air Bag tu, In Shaa Allah boleh menyelamatkan nyawa.

Yg penting kita mesti usaha dan bertawakkal. Insurans adalah satu usaha jg, yg mana jika musibah berlaku, In Shaa Allah, ia akan membantu untuk mengelakkan risiko kejatuhan/kebankrapan kewangan keluarga.

Perlu diingat, jika anda hilang pekerjaan dan punca pendapatan kerana sakit kritikal atau hilang upaya, masalah keluarga akan lebih teruk lagi.. pendapatan dah terhenti tapi kos sara hidup diri sendiri dan keluarga masih berterusan. Ditambah pulak masalah bil perubatan. Medical card company pulak dah tak cover lagi. Siapa nak tanggung semua tu? Time tu baru nak terkial2 cari insurans, dah terlambat. Kawan2 ku, cubalah fikir masak2.

Sediakanlah perlindungan insurans sebelum musibah berlaku. Transfer the risk to insurans company. Jangan biarkan keluarga tanggung risiko tu.

Pernah juga saya cakap kat seseorang, kalau kita kedekut untuk menyimpan sedikit caruman dlm insurans. Sooner or later, duit tu akan keluar jg. Masalahnya, kalau satu hari nanti ia keluar macam air terjun macamana? Segala simpanan dan harta keluarga musnah. Sapa yg rugi nnt?

Kenapa saya cakap sooner or later duit akan keluar jg. Ini kerana, Kematian dan Penyakit PASTI akan berlaku kat semua orang! Cuma cepat atau lambat kita tak tau. Yang saya tau takde siapa boleh larikan diri dari Kematian. Tiada siapa dapat larikan diri dari Penyakit. Mungkin juga kemalangan akan berlaku dalam hidup kita. Selalu tengok suratkhabar kan? Setiap hari ada cerita kemalangan, sakit etc. Jangan ingat, berlaku kat orang lain, takkan berlaku kat diri sendiri. Kalau musibah berlaku, duit tetap akan keluar.

Persoalannya duit yg bakal keluar tu, anda mahu ia keluar dari poket sendiri atau poket orang lain?

Jika anda mahu penyelesaian masalah ini. Sila hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Zulhaizal A. Pazir

No comments:

Post a Comment