Tuesday, 17 April 2012

Siapa SEBENARNYA Perlukan Insurans? Golongan Banyak Duit vs Golongan Kurang Duit!


Masyarakat kita selalu menganggap diri mereka terdiri dari golongan yang tidak perlukan insurans. Golongan yang banyak duit selalu menyangka, orang yang kurang duit yang sepatutnya ambil insurans kerana mereka tak mampu bayar bil perubatan dan sebagainya. Golongan yang kurang duit pula menganggap, insurans ini hanyalah untuk orang yang banyak duit sahaja kerana mereka mampu membayarnya.

Sebenarnya, tidak kira sebanyak mana pendapatan yang anda terima, semua orang perlukan insurans kerana insurans memainkan peranan yang berbeza di antara golongan banyak duit dan golongan kurang duit.

Golongan Banyak Duit

Bagi golongan banyak duit, anda tentunya memiliki pelbagai harta dan wang simpanan. Anda juga memiliki pendapatan yang tinggi dan mampu menampung segala keperluan keluarga tanpa banyak masalah.

Tetapi, sedarkah anda? Sekiranya, semalam anda ditimpa penyakit kritikal, keluarga anda mungkin terpaksa menjual harta yang ada, serta mengguna wang simpanan, semata-mata untuk menampung kos rawatan anda!

Bukan sahaja harta yang dijual dalam keadaan terdesak itu menghasilkan perolehan yang rendah, kadangkala mereka terpaksa menunggu lama untuk mendapat keuntungan yang tidak seberapa dari penjualan harta.

Ia mungkin tidak cukup untuk menampung segala kos rawatan yang ada hingga menyebabkan keluarga anda terpaksa meminjam di merata-rata. Dengan memiliki insurans, anda tidak perlu menebus wang simpanan atau menjual harta bagi menampung kos perubatan hospital tersebut. Duit sara hidup sepanjang tempoh anda tidak boleh bekerja akibat penyakit kritikal itu juga, dapat disediakan melalui insurans.

Dalam erti kata lain, keluarga anda tidak perlu merana, kehilangan harta dan sumber pendapatan sedia ada, hanya kerana anda tidak bersedia menghadapi musibah yang melanda.

Apa yang anda perlu lakukan, hanyalah 'memindahkan' sedikit dividen dan wang pelaburan kepada skim insurans supaya anda dapat melindungi segala harta yang anda ada.

Golongan Kurang Duit

Bagi golongan kurang duit pula, bukan sahaja gaji bulanan yang anda terima sekadar cukup-cukup sahaja, malahan anda memiliki banyak komitmen lain yang perlu ditanggung.

Tetapi, sedarkah anda? Jika sekarang pun, anda sudah terkial-kial untuk menampung keperluan keluarga. Bagaimana nasib keluarga anda sekiranya semalam anda sudah tidak berupaya atau sudah tiada? Bagaimana anak-anak hendak meneruskan kehidupan mereka?

Memang mudah mulut berkata, rumah anak yatim kan ada. Tapi hakikatnya, rumah anak yatim pun memerlukan bantuan kewangan setiap bulan bagi menampung keperluan mereka.

Tak kasihankah anda kepada anak-anak anda sendiri, yang belai dan sayangi selama ini? Sanggupkah anda melihat mereka hidup merempat, hidup serba kekurangan dan disisih daripada masyarakat akibat kemiskinan yang melanda?

Ternyata, dengan memiliki insurans, anda mampu untuk menyediakan tabung kecemasan dan harta pusaka dalam sekelip mata, walaupun pada zahirnya, anda berpendapatan rendah sahaja.

Tidak kira sama ada anda ditimpa penyakit kritikal, lumpuh keseluruhan atau meninggal dunia, tanggungjawab anda terhadap keluarga masih dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Cuba ubah suai perbelanjaan sedia ada, agar anda dapat menyelitkan sebahagian gaji bulanan untuk caruman insurans. Walaupun sedikit, pampasan insurans yang diperoleh oleh keluarga nanti, begitu besar ertinya pada mereka, kerana terbukti anda tetap sayangkan mereka walaupun anda sudah tiada. Kasih sayang anda terhadap keluarga akan kekal di hati mereka buat selama-lamanya.

-Sumber dari MW September 2005 -

Sekiranya anda ada kemusykilan atau pertanyaan berkenaan insurans, anda boleh hubungi saya di talian 016-3661786 untuk temujanji.

Zulhaizal A. Pazir

No comments:

Post a Comment