Saturday, 4 February 2012

Perlindungan Keluarga. Siapa Yang Patut Ambil Insuran Dulu??



Ibu Bapa / Bakal Ibu Bapa 
Umum menyedari kepentingan perlindungan insuran untuk keluarga di zaman sekarang. Mahu tak mahu, menyediakan pelan emergency tetap menjadi kemestian. Tetapi Budget sentiasa menjadi isu, betul tak?
Ini adalah kerana beberapa sebab seperti komitmen loan, bil semasa, perbelanjaan harian keluarga, 
perbelanjaan sekolah anak, shopping, entertainment, holiday, etc etc (tak nak kalah dengan orang lain pun ada juga..biar papa asal bergaya hehehe.. harap dijauhkan k..susah keluarga nanti)

Jadi, soalan yang selalu ditanya,
"Siapa yang perlu ambil insuran dulu?"

Berikut adalah kepentingan perlindungan keluarga mengikut keutamaan:

Senarai Keutamaan:

1. Suami/Pencari Nafkah Keluarga - biasanya yang mempunyai pendapatan yang lebih tinggi dalam keluarga, kebiasaanya Suami.
2. Ibu - biasanya mempunyai pendapatan yang rendah sedikit atau tiada langsung (surirumah). Next time, saya akan terangkan kenapa surirumah perlu ada insuran.
3. Anak - tiada pendapatan, tetapi mudah jatuh sakit dan kemalangan. 

Kenapa Pencari Nafkah Keluarga dulu?

Kerana Pencari Nafkah adalah nadi atau tulang belakang kepada kewangan keluarga (Breadwinner).

Kebiasaannya, seluruh keluarga terutama anak-anak bergantung sepenuhnya dengan
ibu bapa atau breadwinner.

Cuba bayangkan, jika sesuatu berlaku kepada tulang belakang keluarga ini (ie. kematian, lumpuh, koma, penyakit kritikal), apabila pendapatan tiada lagi, apa akan jadi kepada seluruh kewangan keluarga? Hancur? Kehidupan mereka bagaimana? Hutang siapa yang selesaikan? Susahkah isteri nanti?

Apa akan jadi pada persekolahan anak? Masa depan mereka? Sanggupkah biarkan mereka menderita?
Apa kata anda?
Seperti biasa, setiap jawapan pasti akan ada tindakan.
Jika anda benar2 sedar kepentingan perancangan kewangan keluarga dan insuran, 
dan jika keluarga penting bagi anda, dengan tiba tiba, pasti budget tidak akan jadi isu lagi. 
Pasti akan ada jalan untuk menyimpan..
Oleh itu, plan semula kewangan anda. Mana yang tak penting letak tepi dulu..

Financial Planning Guru says..
"PROTECT FIRST INVEST SECOND"

Harap tulisan ini membantu anda!

No comments:

Post a Comment