Tuesday, 7 February 2012

MITOS INSURANS #3



Ada satu salah faham berkenaan insuran dari para suami yang mempunyai isteri surirumah ... Ada suami yang hanya membeli insuran untuk diri sendiri sahaja, tetapi isterinya, dia tak nak ambik..

Client :"Isteri saya surirumah sepenuh masa, saya rasa tak perlu amik insuran untuk dia kot.."


Agent: "Kenapa pula?"


Client : "Selama ni memang saya jer yang tampung keluarga.. So, sebagai satu2nya punca pendapatan keluarga, sayalah yang penting kena ada insurans. Jika kematian berlaku pada isteri saya, dari segi emosi kami memang akan bersedih, tapi dari segi kewangan, saya dan anak anak takkan ada effect."


Agent: "Benar, saya tak nafikan.. jika kematian berlaku, dari segi kewangan anda mungkin ok.. Tapi kalau penyakit kronik berlaku pada isteri anda bagaimana? Dari mana wang yang akan tampung kos perbelanjaan tu?


Kena ingat yer.. Isteri anda bukannya robot. Sedangkan robot pun boleh rosak. Isteri juga adalah manusia biasa yang tak lepas dari penyakit dan kemalangan. Manalah tahu, kes rompakan berlaku kat rumah anda dan isteri anda cedera parah, atau tengah2 mop lantai, tiba2 tergelincir dan patah tulang.. Bagaimana? Siapa nak bayar kos rawatan yang semakin naik tu? Kalau lumpuh berlaku bagaimana? Silap2 anda kena keluarkan belanja lebih lagi untuk menyara isteri yang sakit. Pampers, makanan sebab isteri dah tak boleh masak, silap2 kena hired orang jaga isteri, duit lagi tu.. Pernahkah anda fikir ini boleh berlaku? Ia dah terjadi pun.. Keluarga lain dah kena... ia tak mustahil boleh berlaku kepada anda juga, bukan?

Kes kanser yang berlaku sekarang, berdasarkan kajian, wanita lebih tinggi kebarangkalian kena Kanser berbanding lelaki. Jika ia terjadi, siapa nak tanggung kos chemotheraphy, ubat-ubatan etc. etc..? Kalau hospital swasta, kemoterapi sahaja boleh mencecah antara 5k - 10k per session. Kalau di hospital kerajaan, lebih kurang RM1500 per session. Bergantung pada tahap kanser itu sendiri, sekurang2nya setahun mesti kena buat 6 sesi kemoterapi.. Tapi kalau kanser teruk, ada juga kes yang kena 10 kali atau 18 kali sesi kemoterapi setahun!! Ini belum lagi kira belanja perubatan dan bayaran specialist.. Anda darablah sendiri berapa yang kena bayar.. Mau kosong simpanan dibuatnya.. Boleh bankrap wooo..

Jika anda sayangkan isteri anda, berilah perlindungan sewajarnya.. InsyaAllah, ia akan banyak membantu anda dan keluarga. Kerana semua orang tak boleh lari dari penyakit. Malang Tidak Berbau.. Isteri saya juga housewife. Dia sendiri sudah dua kali masuk hospital. First time, beberapa tahun lepas kerana pneumonia.. 2nd time, 3 minggu lepas sebab Bronchitis. Siapa sangka boleh kena penyakit muda2 lagi.. Bayaran beribu2 tu.. Nasib baik ada medical card. Siap dapat private room lagi.. Memang 1st class. Staff betul2 ikut masa dan sangat pantas. Layanan pun bagus.. Since dapat private room, saya boleh la temankan sampai esok pagi.. Mandi pun kat situ gak.. Kalau kerajaan, tak dapat wehh..

Lastly, kenapa anda kena sediakan insuran untuk isteri anda? Jangan fikir anda sebagai ketua keluarga akan hidup selama2 lamanya.. Katalah satu hari nanti, kematian berlaku pada anda atau perceraian berlaku... Kasihan isteri anda, sudahlah hilang tempat bergantung, tiada simpanan dan insuran untuk diri sendiri pulak. Kalau dia perlukan medical card time tu macamana? Siapa patut dipersalahkan?

p/s: click kat keratan suratkhabar di atas, orang kerajaan tu.. baca dan hayati..

Fikir2kan k.. Itu saja coretan hari ini.. Adios..

No comments:

Post a Comment