Thursday, 2 February 2012

MITOS INSURANS #2



Info ini hanya untuk wanita.. Tapi kalau lelaki nak baca, sukati koranglah..

Ini pengalaman saya sendiri.. Walaupun jarang2 berlaku, tapi ada juga beberapa kes begini yang saya handle:

1. Ada sesetengah wanita yang terlalu depend dengan perlindungan dari suami. "Since Suami saya  dah beli dan bayarkan insuran saya, baguslah.. saya tak payah amik tau lagi.."

2. Ada yang hanya depend dari company suami. Ayat yang saya pernah dengar, "Suami saya kerja dengan company besar, company suami saya tanggung saya anak beranak sekali"

3. Ada juga yang kata "Suami saya kerja kerajaan, kalau masuk hospital, kerajaan akan tanggung saya.. So sebab itu, saya tak berminat nak ambik tau pasal insuran2 ni..buang masa saya n membazir duit saya jer.. lebih baik beli tudung ke, baju ker.. bla bla bla.. hehehe.. gurau jer k.. Jangan amik ati yer Puan2..

 Jangan salah faham. Tak semua wanita berfikiran begini. Sila teruskan baca k.. 

Ok Pendapat saya pulak, insuran adalah SANGAT SANGAT SANGAT SANGATTTTT PENTINGGGGGGGGGGGG pada Wanita.. Jangan serahkan 100% bulat2 pada suami.. Jangan lepas tangan.. Kenapa????????

Kena ingat, walaupun kita sentiasa mengharapkan yang terbaik. Tapi langit tak selalunya cerah..  Kena selalu bersedia kalau perkara yang buruk berlaku.. bukan untuk menakut2kan ye, tapi realitinya dah ada..

1. Kes Pertama, pendapat saya: Memang bagus suami da beli insuran untuk isteri sekali.. Maksudnya, suami itu seorang yang bertanggungjawab. Tapi jangan terus lepas tangan.. isteri mesti kena tau company insuran dari mana, coverage yang isteri dapat, nak bayar kat mana dan siapa agennya.. Just in case, kalau suami da tiada lagi, macamana nak bayar insuran sendiri? Insuran dari mana pun tak tau..

Kalau bercerai macamana? Mana suami letak polisi? Agen tak kenal pulak.. Bekas suami silap2 dah tak nak bayarkan lagi.. Macamana kalau ketika itu perlukan medical card sebab sakit? Itulah sebabnya isteri kena amik tau juga tentang perancangan kewangan.. Jangan lepas tangan macam tu jer.. 

2. Kes Kedua, suami kerja company besar, da tanggung sekali isteri dan anak beranak.. Kata saya: Alhamdulillah... memang jarang2 dapat company yang cover keluarga sekali.. Since suami kerja kat situ.. bersyukurlah..
Cuma ada beberapa perkara kena ingat:
  • Sampai bila suami anda akan bekerja di situ? Bila da bersara nanti, macamana? Company masih tanggung lagi tak? Sudah tentu tidak bukan? Kalau dah tua baru nak insuran, bukan sahaja lebih MAHAL, tapi mungkin juga dah terlambat.. kalau dah ada penyakit mcm darah tinggi, cancer etc.. memang mana2 medical card pun akan deny untuk apply..Kos perubatan pasti lebih tinggi masa tu..
  • Sama juga dengan kes pertama tadi, kalau suami dah tak ada lagi macamana? Dengan tiba2 company yang disanjungi da tak tanggung anda anak beranak lagi. Jika bercerai?? Kebetulan time tu pulak tengah sakit, lagi parah. Jangan main2 k.. ada kes suami tinggalkan isteri, sebab isteri dah sakit.. Ada kes keluar kat surat khabar satu masa dulu, isteri koma sebab jatuh kena ragut, suami kawin lain.. So macammana dengan company coverage.. Habislah.. Ini realiti.. ramai yang terkena tak sangka suami bertindak macam tu.. Sedangkan time sihat pun ada banyak kes suami cari lain, inikan pula time sakit.. Mungkin anda sendiri pernah dengar kes2 macam ni.. Sebab itu kena selalu ingat, WALAUPUN IA TAK BERLAKU PADA ANDA (harap2 ia tak berlaku), IA JUGA TAK MUSTAHIL BOLEH BERLAKU. Always Be Prepared.. Lebih bagus dapat sediakan back up plan seperti insuran sendiri dan simpanan sendiri. Jangan terlalu bergantung pada suami.   (Minta maaf, walaupun saya tulis macam ni, perlu diingat, tak semua lelaki perangai macam  di atas. Ada juga suami mithali kat luar sana. Termasuk saya.. hehe.. Saya sendiri sentiasa berdoa, agar saya tak lakukan perkara yang sama. Doa2kan yer..)
 3. Lastly, kena sentiasa faham, apa yang company atau kerajaan tanggung HANYALAH kos perubatan.. Bagaimana dengan Pampasan Kematian dan Critical Illness? Tahun lepas, saya ada jumpa seorang wanita yang saya tak jangka kenyataan ni keluar dari mulutnya..Sebab beliaulah, saya lebih memahami pentingnya insuran pada wanita.. Perlu dinyatakan di sini, beliau bukan insuran agent. Beliau bekerja dengan kerajaan manakala suami bekerja dengan syarikat swasta. Berikut lebih kurang dialog saya dengan beliau :

 Puan Siti Norhaliza (bukan nama sebenar)Saya faham kerajaan cuma tanggung bahagian perubatan sahaja. Itupun kena masuk hospital kerajaan. Kalau nak private kena bayar sendiri."

SayaMemang betul tu Puan.. 

Puan SSebab tu lah saya ingat nak mula simpan dalam insuran, lagi satu, kerajaan atau company suami takkan bagi pampasan kalau apa2 berlaku..

Saya: Kenapa pampasan penting pada pandangan puan? (Jarang berlaku client cakap pasal pampasan macam ni.. thats why saya tanya beliau)

Puan S: Mestilah penting, kalau saya sakit kronik atau cacat kekal, saya perlukan pampasan tu.. Manalah tau, kalau suami tak nak jaga saya lagi.. Saya kena jaga diri sendiri. Mungkin saya pun dah tak upaya nak kerja. Saya perlu pampasan tu untuk menyara diri dengan anak2.. bil semasa, makanan anak semua perlu duit.. Saya perlu ada Plan B juga..

Terkejut beruk saya di buatnya.. Wahhhhh... sungguh berpandangan jauh.. Kita semua kena ada pemikiran macam ni sebenarnya.. Jadi kepada wanita2 diluar sana, samada yang masih single atau sudah berkahwin.. Renung2kanlah...

No comments:

Post a Comment