Monday, 6 February 2012

Beberapa Perkara Yang Selalu Pemegang Polisi Terlepas Pandang



Pertama sekali, Tahniah! jika anda sudah memiliki polisi insuran. Ini bermakna anda faham kepentingan mempunyai aset perlindungan insuran untuk anda dan keluarga. Tetapi.... melalui pengalaman saya yang tak seberapa ini, saya perasan, ada beberapa perkara yang Pemegang Polisi selalu amik remeh atau terlepas pandang. Berikut adalah antaranya:

1. Buku Polisi Insuran - Entah kenapa, ada sesetengah pemegang polisi tidak memberitahu pasangan atau waris berkenaan polisi insuran yang baru dibelinya. Mana polisi itu disimpan pun tidak diberitahu. Seringkali juga, pemegang polisi pun tak ingat mana buku polisi diletak selepas beberapa lama mencarum. Ini akan memberi masalah satu hari nanti. Sebabnya, waris pun tidak tahu samada pemegang polisi ada mencarum dalam insuran atau tidak?.. Macam mana nak claim kalau no polisi pun tak tau? Apa company insurannya? Agen pun dia tak kenal.. Kalau agen bertanggungjawab, masih keep in touch, mungkin ok.. tapi kalau agen pun da berenti macamana? Kerana itu, pemegang polisi mestilah memberitahu perkara diatas, termasuk siapa agen, no contact dan company insuran yang dia mencarum kepada waris. Senang untuk berurusan nanti. Ini aset anda ye. Perlindungan keluarga anda ada disitu. Penting tuuu..

2. Sebagai tambahan, lebih baik lagi jika pemegang polisi memberi beberapa Emergency Contact (keluarga rapat, sedara mara dan kenalan rapat) kepada perunding insuran/agen anda. Ini kerana, ia memudahkan agen untuk menghubungi anda. Manalah tau, jika anda sudah tukar no telefon atau tukar alamat dan terlupa untuk memberitahu agent. At least, agent masih boleh call emergency contact dan dari situ boleh menghubungi anda. Banyak lagi kebaikkannya. Sebagai contoh: Katakanlah kematian atau sakit kronik berlaku tiba2, at least Emergency Contact anda boleh menghubungi agent anda untuk bantuan.

Cuma di awalnya, sudah pasti agent akan contact no yang anda beri itu untuk memberitahu kebaikan produk insurannya seperti anda juga.. Tapi jangan risau, ia adalah untuk kebaikan mereka. Anda membeli insuran juga untuk kebaikan, bukan?

3. Ramai dari pemegang polisi, tidak tahu apa insuran yang dibeli.. Kebanyakannya, percaya bulat2 pada agent.. Terutama jika agent itu kenalan rapat atau saudara mara. Hampir 80% tidak pernah buka buku polisi masing2. Ada juga yang sampai terlupa insuran apa yang dibayarnya.. huhuhu.. Ingin saya tekankan, sebagai pemegang polisi dan pencarum anda berhak ambil tahu perlindungan apa yang anda ada. Ini HAK anda sebagai pengguna. Jangan time nak claim nanti, baru tercari2 buku polisi pulak.

Oleh itu, anda kena sentiasa review policy dengan agent anda at least setahun sekali. Pastikan anda tahu perlindungan anda dan ianya benar2 memenuhi apa yang anda hajati. Jangan sampai polisi anda tidak lengkap perlindungannya.

Biasanya, perlindungan yang asas adalah Kematian/ Total Permanent Dissability. Selepas itu ada beberapa rider lain sebagai tambahan kepada yang asas tadi. Antara yang penting  dalam polisi adalah:

  • Pampasan Penyakit Kritikal. (pastikan sekurang2nya lebih dari 50k. Untuk pengetahuan anda, sebenarnya, dari sudut pandangan financial planner, lebih baik jika pampasan anda lebih dari 5 kali pendapatan tahunan anda. InsyaAllah, saya akan terangkan kenapa lain kali)
  •  Manfaat Pengecualian Pembayaran atau Payor Waiver/Payor Cover Rider
  •  Kad Perubatan
  • Manfaat Kemalangan/ PA (personal accident)
Semua di atas, walaupun optional, tetapi bagi saya, ia rider yang amat penting untuk diwujudkan dalam insuran anda. Selain itu, ada beberapa optional rider lagi seperti Hospital Income Benefit, Accidental Outpatient Reimbursement, etc etc.. Dalam Powerlink pula, kami ada beberapa rider khusus lagi seperti Lady Guard, Man Guard, Child Guard, Wealth Cover etc etc.. 

Ambil tahu juga, tentang keadaan bagaimana dan masa bila untuk buat claim. Ini untuk mengelakkan dari salah faham dengan agent mahupun syarikat insuran satu masa nanti. Dapatkan juga apa2 update (jika ada) dari agent anda. Supaya polisi anda tidak ketinggalan zaman.

4. Selain itu, jangan lupa beritahu agent jika ada perubahan dalam keluarga anda. Samada perubahan tempat kerja, perubahan nama waris, pertambahan dalam keluarga etc. etc. Ini kerana, keperluan seseorang berubah-ubah mengikut masa.. sebagai contoh, mungkin semasa apply insuran dulu, anda masih single tapi sekarang sudah berkahwin. Dahulu mungkin, pampasan kematian rendah, tapi selepas mempunyai tanggungan, anda merasakan pampasan kematian perlu ditingkatkan supaya anda tidak membebankan isteri dan anak anda. Mungkin juga, anda mahu membeli polisi untuk isteri anda dan mahu menukar nama beneficiary. Inilah pentingnya kena review selalu.

Itu saja buat kali ini. Harap ia boleh membantu. Jika ada apa2 pertanyaan, boleh contact saya di no 016-36617886 atau email saya di zulhaizal@ymail.com

1 comment:

  1. salam boleh confirmkn btul ke insurance bukan takaful ada unsur riba,sy dalam dilema utk teruskan atau bertukar ke takaful

    ReplyDelete