Tuesday, 31 January 2012

MITOS INSURANS #1


"Saya bujang lagi. Masih muda dan sihat. Tiada tanggungan. Jadi, insurans buat masa ini tak penting bagi saya."

Ini sesuatu yang saya biasa dengar dari orang belum kahwin. Mereka merasakan insurans bukan perkara utama sebab tidak menanggung isteri, anak dan juga perbelanjaan ibubapa. Mereka juga merasakan masih sihat dan muda lagi. Tak mungkin musibah yang teruk boleh kena dalam masa terdekat.

Ok, tolak tepi dulu berkenaan musibah. Untuk pengetahuan ramai, sebenarnya, masa kita masih muda dan sihatlah masa yang terbaik untuk menyimpan dalam insurans. Sebabnya, bukan sahaja premiumnya lebih rendah, tetapi Pampasan dan Medical Card pun boleh dapat lebih baik dan lebih tinggi perlindungannya! Simpanan dalam dana juga lebih banyak dari orang yang simpan lewat! Bukankah ini bagus untuk masa depan nanti??

Berkenaan dgn musibah pulak, sekarang ini bukan orang tua sahaja yang kena masalah. Lihat saja dalam berita. Orang muda, pelajar sehingga bayi pun tak terlepas dari penyakit dan kemalangan. Cuma ia berlaku pada orang lain. Tetapi adakah kita boleh jamin perkara yang sama tak akan berlaku langsung pada kita?

Cuba bayangkan, bagaimana keadaannya jika musibah ini benar2 berlaku pada anda? Kalau keadaan masa tu agak teruk, tergamakkah anda membiarkan ibu bapa, adik beradik menyara hidup anda? Sanggupkah anda lihat ibu bapa anda mengosongkan simpanan persaraan mereka, bergadai harta, meminjam, meminta belas ihsan sana sini kerana anda? Ini Realiti.. Dah banyak terjadi pun sekarang. Cuma benda macam ni kurang diceritakan kepada umum.

Jika masa kecemasan macam ni, baru terasa nak beli insuran memang payah. Ada kemungkinan kalau keadaan serius, mungkin tak dapat lagi mempunyai insuran selama-lamanya. Kalau dapat pun, pasti ada beberapa exclusion dalam polisi. Masa tu nak menyesal pun tak guna. Pengalaman saya sendiri, at least dah ada 2 orang yg saya pernah jumpa tahun2 sebelum ni, dah contact saya balik untuk memiliki insurans. Malangnya, mereka dah ada problem kesihatan. Dulu masa sihat, kata tak ada duit untuk simpan. Bila da sakit, dengan tiba2 wang untuk simpan ada pulak. Pelik kan?

Ada juga yg kata, "Saya belum kahwin, mak bapak pun takde.. kalau saya meninggal dunia, takde sapa susah, so buat apa amik insuran?" 

Kata saya: "Itu kalau meninggal. Kalau masih hidup tapi sakit kronik macamana? Kalau lumpuh, buta, hilang upaya? Takde sapa yang jaga awak. Takde sapa masak untuk awak. Lebih teruk lagi, kehilangan kerja pasti berlaku. Bila kerja takde, pendapatan hilang. Boleh ke memperjudikan hidup kita dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang lebih kurang RM300 sebulan tu? Cukup ke? Kena ingat, cost of living setiap tahun meningkat. Bil perlu dibayar, loan, nak kena makan lagi, hospital bil lagi.. etc. etc. Semua ni perlukan wang.

Jika ada pampasan yg tinggi untuk Critical Illness dan Total Permanent Disability bukankah lebih baik? Ia sangat membantu menampung kehidupan dan menggantikan pendapatan yang hilang, sementara nak menyesuaikan diri dengan keadaan baru. Itulah sebabnya Income Replacement tu penting."

Inilah sebab saya mengatakan, Insuran itu adalah satu usaha dan tawakal. Yang penting niat kita betul. Jaminan perlindungan sangat penting terutama dalam zaman sekarang.

Itu saja coretan saya kali ini. Selagi umur ada, InsyaAllah, akan ada mitos2 yang lain pulak.. Sentiasa ingat  "Expect for the Best, but be Prepared for the Worst"

No comments:

Post a Comment