Sunday, 29 January 2012

KENAPA ANDA PERLUKAN INSURANS...

Umpama pepatah SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN, itulah konsep insurans sebagai persiapan untuk menghadapi masa depan yg belum tentu. Seandainya kita sentiasa beringat dengan pepatah orang tua, MALANG TDAK BERBAU, sudah pasti kita akan menyertai insurans sebagai jaminan masa depan.

Sama juga dengan konsep menabung, katalah seseorang perlukan sejumlah wang untuk bercuti. Tidak ada orang yang akan mula  menabung pada tarikh percutiannya bukan? Kita akan menabung lebih awal sebagai persiapan bercuti. Insurans juga begitu. Kita tidak boleh tunggu bila musibah datang baru nak menyimpan dalam insurans. Ketika itu, mungkin sudah terlambat. Perlu diingat, kemalangan, penyakit dan kematian boleh berlaku tiba2 tanpa mengira umur atau tempat. Banyak isu juga di zaman sekarang seperti kes simbah asid, bunuh, ragut dan etc.Adakah anda tahu bila anda akan ditimpa musibah? Bukankah persediaan dari sekarang itu penting?

Tetapi ada sesetengah orang termasuk kawan saya sendiri yang memandang negatif tentang insurans. Mereka hanya memandang saya sebagai seorang yang ingin mengambil kesempatan atas pendapatan mereka. Sebenarnya tugas seorang PERUNDING adalah untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan insurans tanpa ada sebarang paksaan. Apa yang kita niatkan, itulah sebenarnya yang kita dapat. Niat untuk mengaut keuntungan hanya akan memberikan kekayaan dengan pengisian yang kosong.

Apa yang disampaikan adalah berunsur kebaikan dan memberi manfaat kepada manusia. Manfaat adalah untuk orang yang menyertai insurans bukannya Perunding. Insurans bukan untuk mengkayakan Perunding atau peserta tetapi lebih daripada itu. Insurans berupaya membantu untuk mengelakkan peserta terjerumus ke arah kemiskinan atau hutang besar ketika kecemasan.

Seperti yang saya tegaskan tadi, terdapat beberapa kepentingan insurans kepada peserta. Tugas Perunding adalah menyampaikan dan anda yang perlu menentukan sendiri kepentingan anda.

1. PERSIAPAN jika ditimpa musibah. Kita tidak tahu bila kemalangan, penyakit atau kematian akan menimpa diri.
2. Ambil INSURANS ketika muda dan sihat, bukan sahaja lebih murah, pampasan juga lebih tinggi.
3. Jadi simpanan masa depan untuk bekalan selepas pencen.
4. Kos pengajian semakin tinggi. Anak perlukan insurans untuk meringankan beban kos pendidikan.
5. Jadi peninggalan untuk anak dan waris sekiranya peserta meninggal dunia.
6. Insurans kesihatan perlu untuk menampung kos perubatan dan rawatan sekiranya terpaksa dimasukkan ke hospital.

No comments:

Post a Comment