Thursday, 26 January 2012

Pelan Powerlink dari Allianz


Satu pelan yang menggabungkan semua keperluan perlindungan anda.

"Bayangkan anda mempunyai satu pelan insurans yang dapat memenuhi semua keperluan perlindungan dan nyawa anda. Selain daripada tidak perlu membeli pelbagai pelan faedah pilihan, ciri-ciri pelaburan Powerlink juga membolehkan anda menikmati pulangan pelaburan yang lumayan. Apa yang paling menarik ialah faedah ini boleh diperolehi dengan premium serendah RM100 sebulan!!"

Powerlink adalah satu pelan insurans "semua dalam satu" yang mempunyai ciri-ciri pelaburan dan gabungan beberapa faedah pilihan utama seperti penyakit kritikal, rawatan hospital dan pembedahan, pelepasan pembayaran premium, kemalangan diri dan banyak lagi. Pendek kata, semua perlindungan asas dan keperluan kewangan anda dilindungi dengan satu pelan sahaja.

Keperluan Khas

Pelan ini memberi anda kebebasan membuat pilihan untuk perlindungan diri dan yang tersayang dengan semua faedah pilihan atau sebahagian daripadanya. Misalnya, anda boleh memilih hanya MediCover, satu pelan rawatan hospital & pembedahan atau anda boleh memilih semua faedah pilihan yang ditawarkan untuk perlindungan yang menyeluruh!

Premium rendah

Dengan pilihan untuk menambahkan beberapa faedah pilihan dalam satu jumlah premium, Powerlink  mungkin merupakan pelan perlindungan dengan premium terendah yang boleh anda dapat di pasaran!

Anda boleh memilih untuk membuat simpanan setiap bulan, suku tahunan, separa tahunan atau tahunan.

Mudah & tidak menyusahkan

Powerlink memberi perlindungan komprehensif untuk nyawa dan kesihatan anda dan juga peluang untuk mendapat pulangan pelaburan sekaligus. Ia mudah dan tidak menyusahkan kerana anda tidak perlu lagi membeli atau bersusah payah mengingati butiran beberapa pelan yang berlainan.

Pelaburan pula di laburkan mengikut keperluan pelanggan. Bagi pelanggan Muslim bolehlah memilih Dana Padu yang berlandaskan syariah untuk pelaburan. Terdapat juga Managed Fund, Equity Fund, Dynamic Growth Fund, Equity Income Fund, Bond Fund, dan Cash Fund.

Ingin Tahu Lebih Lanjut?

Sila hubungi saya di talian 016-3661786, atau email pertanyaan anda ke zulhaizal@ymail.com dengan segera.

No comments:

Post a Comment