Tuesday, 31 January 2012

MITOS INSURANS #1


"Saya bujang lagi. Masih muda dan sihat. Tiada tanggungan. Jadi, insurans buat masa ini tak penting bagi saya."

Ini sesuatu yang saya biasa dengar dari orang belum kahwin. Mereka merasakan insurans bukan perkara utama sebab tidak menanggung isteri, anak dan juga perbelanjaan ibubapa. Mereka juga merasakan masih sihat dan muda lagi. Tak mungkin musibah yang teruk boleh kena dalam masa terdekat.

Ok, tolak tepi dulu berkenaan musibah. Untuk pengetahuan ramai, sebenarnya, masa kita masih muda dan sihatlah masa yang terbaik untuk menyimpan dalam insurans. Sebabnya, bukan sahaja premiumnya lebih rendah, tetapi Pampasan dan Medical Card pun boleh dapat lebih baik dan lebih tinggi perlindungannya! Simpanan dalam dana juga lebih banyak dari orang yang simpan lewat! Bukankah ini bagus untuk masa depan nanti??

Berkenaan dgn musibah pulak, sekarang ini bukan orang tua sahaja yang kena masalah. Lihat saja dalam berita. Orang muda, pelajar sehingga bayi pun tak terlepas dari penyakit dan kemalangan. Cuma ia berlaku pada orang lain. Tetapi adakah kita boleh jamin perkara yang sama tak akan berlaku langsung pada kita?

Cuba bayangkan, bagaimana keadaannya jika musibah ini benar2 berlaku pada anda? Kalau keadaan masa tu agak teruk, tergamakkah anda membiarkan ibu bapa, adik beradik menyara hidup anda? Sanggupkah anda lihat ibu bapa anda mengosongkan simpanan persaraan mereka, bergadai harta, meminjam, meminta belas ihsan sana sini kerana anda? Ini Realiti.. Dah banyak terjadi pun sekarang. Cuma benda macam ni kurang diceritakan kepada umum.

Jika masa kecemasan macam ni, baru terasa nak beli insuran memang payah. Ada kemungkinan kalau keadaan serius, mungkin tak dapat lagi mempunyai insuran selama-lamanya. Kalau dapat pun, pasti ada beberapa exclusion dalam polisi. Masa tu nak menyesal pun tak guna. Pengalaman saya sendiri, at least dah ada 2 orang yg saya pernah jumpa tahun2 sebelum ni, dah contact saya balik untuk memiliki insurans. Malangnya, mereka dah ada problem kesihatan. Dulu masa sihat, kata tak ada duit untuk simpan. Bila da sakit, dengan tiba2 wang untuk simpan ada pulak. Pelik kan?

Ada juga yg kata, "Saya belum kahwin, mak bapak pun takde.. kalau saya meninggal dunia, takde sapa susah, so buat apa amik insuran?" 

Kata saya: "Itu kalau meninggal. Kalau masih hidup tapi sakit kronik macamana? Kalau lumpuh, buta, hilang upaya? Takde sapa yang jaga awak. Takde sapa masak untuk awak. Lebih teruk lagi, kehilangan kerja pasti berlaku. Bila kerja takde, pendapatan hilang. Boleh ke memperjudikan hidup kita dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang lebih kurang RM300 sebulan tu? Cukup ke? Kena ingat, cost of living setiap tahun meningkat. Bil perlu dibayar, loan, nak kena makan lagi, hospital bil lagi.. etc. etc. Semua ni perlukan wang.

Jika ada pampasan yg tinggi untuk Critical Illness dan Total Permanent Disability bukankah lebih baik? Ia sangat membantu menampung kehidupan dan menggantikan pendapatan yang hilang, sementara nak menyesuaikan diri dengan keadaan baru. Itulah sebabnya Income Replacement tu penting."

Inilah sebab saya mengatakan, Insuran itu adalah satu usaha dan tawakal. Yang penting niat kita betul. Jaminan perlindungan sangat penting terutama dalam zaman sekarang.

Itu saja coretan saya kali ini. Selagi umur ada, InsyaAllah, akan ada mitos2 yang lain pulak.. Sentiasa ingat  "Expect for the Best, but be Prepared for the Worst"

Sunday, 29 January 2012

KENAPA ANDA PERLUKAN INSURANS...

Umpama pepatah SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN, itulah konsep insurans sebagai persiapan untuk menghadapi masa depan yg belum tentu. Seandainya kita sentiasa beringat dengan pepatah orang tua, MALANG TDAK BERBAU, sudah pasti kita akan menyertai insurans sebagai jaminan masa depan.

Sama juga dengan konsep menabung, katalah seseorang perlukan sejumlah wang untuk bercuti. Tidak ada orang yang akan mula  menabung pada tarikh percutiannya bukan? Kita akan menabung lebih awal sebagai persiapan bercuti. Insurans juga begitu. Kita tidak boleh tunggu bila musibah datang baru nak menyimpan dalam insurans. Ketika itu, mungkin sudah terlambat. Perlu diingat, kemalangan, penyakit dan kematian boleh berlaku tiba2 tanpa mengira umur atau tempat. Banyak isu juga di zaman sekarang seperti kes simbah asid, bunuh, ragut dan etc.Adakah anda tahu bila anda akan ditimpa musibah? Bukankah persediaan dari sekarang itu penting?

Tetapi ada sesetengah orang termasuk kawan saya sendiri yang memandang negatif tentang insurans. Mereka hanya memandang saya sebagai seorang yang ingin mengambil kesempatan atas pendapatan mereka. Sebenarnya tugas seorang PERUNDING adalah untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan insurans tanpa ada sebarang paksaan. Apa yang kita niatkan, itulah sebenarnya yang kita dapat. Niat untuk mengaut keuntungan hanya akan memberikan kekayaan dengan pengisian yang kosong.

Apa yang disampaikan adalah berunsur kebaikan dan memberi manfaat kepada manusia. Manfaat adalah untuk orang yang menyertai insurans bukannya Perunding. Insurans bukan untuk mengkayakan Perunding atau peserta tetapi lebih daripada itu. Insurans berupaya membantu untuk mengelakkan peserta terjerumus ke arah kemiskinan atau hutang besar ketika kecemasan.

Seperti yang saya tegaskan tadi, terdapat beberapa kepentingan insurans kepada peserta. Tugas Perunding adalah menyampaikan dan anda yang perlu menentukan sendiri kepentingan anda.

1. PERSIAPAN jika ditimpa musibah. Kita tidak tahu bila kemalangan, penyakit atau kematian akan menimpa diri.
2. Ambil INSURANS ketika muda dan sihat, bukan sahaja lebih murah, pampasan juga lebih tinggi.
3. Jadi simpanan masa depan untuk bekalan selepas pencen.
4. Kos pengajian semakin tinggi. Anak perlukan insurans untuk meringankan beban kos pendidikan.
5. Jadi peninggalan untuk anak dan waris sekiranya peserta meninggal dunia.
6. Insurans kesihatan perlu untuk menampung kos perubatan dan rawatan sekiranya terpaksa dimasukkan ke hospital.

Friday, 27 January 2012

CONTOH PELAN ALLIANZ POWERLINK


Contoh Pelan Allianz Powerlink:

Allianz Powerlink menggabungkan 
- Kad Perubatan Manfaat Kematian
- Manfaat Kemalangan/Lumpuh kekal
- Manfaat 36 Penyakit Kritikal + 3 Extended TPD
- Pengecualian Premium
- MC dan lain-lain lagi.

Perlindungan lebih tinggi dengan premium yang rendah !! 100% BIL PERUBATAN ditanggung oleh ALLIANZ (TIADA KO-INSURANS).


Bagi yang beragama Islam, disarankan utk melabur dalam DANA PADU (DANA SYARIAH).



Contoh: Lelaki, Tidak Merokok, 30 Tahun
Pilihan 1:
Dengan simpanan serendah RM150 sebulan.

*Kematian (Sum Insured) = RM50,000
* 36 Penyakit Kritikal (Health Cover Plus) = RM50,000
* 3 Extended TPD Cover = RM50,000
* Kemalangan/TPD (PA Cover) = RM50,000
* Medical Card = RM875,000 sepanjang hayat / RM87,500 per tahun
* Payor Cover = Premium waive bila diagnos salah 1 penyakit kritikal

Pilihan 2:
Dengan simpanan serendah RM200 sebulan.

*Kematian (Sum Insured) = RM100,00
* 36 Penyakit Kritikal (Health Cover Plus) = RM100,000
* 3 Extended TPD Cover = RM100,000
* Kemalangan/TPD (PA Cover) = RM100,000
* Medical Card = RM1,000 000 sepanjang hayat / RM100,000 per tahun
* Payor Cover = Premium waive bila diagnos salah 1 penyakit kritikal


Anda tentukan mana yang terbaik untuk diri anda dan juga yang tersayang. 
Mohon akaun ALLIANZ POWERLINK sekarang  sementara anda masih lagi sihat walafiat dan sementara PREMIUM masih lagi rendah. 

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau temujanji, Zul @ 016-3661786

MALANG TAK BERBAU...


"973 road accidents, 93 deaths under OPS SIKAP since the start of the campaign on Jan 16, 2012" (Frm The Star - 25th Jan)..

Setiap hari keluar berita kemalangan dan kematian kerana kemalangan di muka akhbar. SETIAP HARI !!!.. 
Pernahkah anda terfikir tentang mereka ini bapa/ibu atau anak kepada siapa? 

Bagaimana nasib keluarga yang ditinggalkan? Adakah mereka minta ini berlaku? Berapa ramai anak2 yang jadi yatim piatu? 

Pernahkan terfikir nasib keluarga anda jika ANDA TAK PULANG2 lagi ke rumah setelah keluar bekerja?

Since ia pernah berlaku pada orang lain, Pernahkah terfikir jika tragedi yg sama berlaku pada keluarga anda?
Adakah anda sudah bersedia? Adakah KELUARGA anda sudah bersedia??

Thursday, 26 January 2012

CUBA RENUNGKAN


1) Adakah diri dan keluarga sangat penting bagi anda?

2) Jika kemalangan atau penyakit berlaku, adakah anda mahu rawatan SEGERA?

3) Adakah anda rasa TIDAK ADIL jika orang tersayang menanggung hutang anda, meminta bantuan kewangan sana sini untuk hidup, jika anda tidak mampu bekerja lagi kerana penyakit atau tiada lagi di dunia ini?

4) Adakah anda SETUJU, tidak kira macam mana pun keadaannya, perancangan kewangan yang baik perlu disedikan untuk diri anda dan keluarga dari sekarang?

Jika anda jawab YA untuk semua diatas, sila HUBUNGI saya dengan kadar segera.
Zul @ 016-3661786

MELAYU KURANG AMBIL POLISI INSURAN


Ramai bumiputera terutamanya masyarakat Melayu kurang kesedaran tentang pentingnya Insurans. Masih ramai yang tak ada emergency fund. Antara sebabnya (berdasarkan research), mereka merasakan Insurans adalah satu bebanan sebab terpaksa membayar setiap bulan. Ramai yang tidak sedar bahawa Insurans bukannya LIABILITI tetapi merupakan satu ASET PENTING yang mana bukan sahaja memberi perlindungan tetapi SIMPANAN. Yang hairannya, mereka sanggup berbelanja untuk benda lain yang tak penting malah ada yang sanggup berhutang yang mana satu hari akan turun harga atau rosak. Macam mana pulak dengan simpanan diri sendiri dan keluarga? Cuba renung-renungkan..

Pelan Powerlink dari Allianz


Satu pelan yang menggabungkan semua keperluan perlindungan anda.

"Bayangkan anda mempunyai satu pelan insurans yang dapat memenuhi semua keperluan perlindungan dan nyawa anda. Selain daripada tidak perlu membeli pelbagai pelan faedah pilihan, ciri-ciri pelaburan Powerlink juga membolehkan anda menikmati pulangan pelaburan yang lumayan. Apa yang paling menarik ialah faedah ini boleh diperolehi dengan premium serendah RM100 sebulan!!"

Powerlink adalah satu pelan insurans "semua dalam satu" yang mempunyai ciri-ciri pelaburan dan gabungan beberapa faedah pilihan utama seperti penyakit kritikal, rawatan hospital dan pembedahan, pelepasan pembayaran premium, kemalangan diri dan banyak lagi. Pendek kata, semua perlindungan asas dan keperluan kewangan anda dilindungi dengan satu pelan sahaja.

Keperluan Khas

Pelan ini memberi anda kebebasan membuat pilihan untuk perlindungan diri dan yang tersayang dengan semua faedah pilihan atau sebahagian daripadanya. Misalnya, anda boleh memilih hanya MediCover, satu pelan rawatan hospital & pembedahan atau anda boleh memilih semua faedah pilihan yang ditawarkan untuk perlindungan yang menyeluruh!

Premium rendah

Dengan pilihan untuk menambahkan beberapa faedah pilihan dalam satu jumlah premium, Powerlink  mungkin merupakan pelan perlindungan dengan premium terendah yang boleh anda dapat di pasaran!

Anda boleh memilih untuk membuat simpanan setiap bulan, suku tahunan, separa tahunan atau tahunan.

Mudah & tidak menyusahkan

Powerlink memberi perlindungan komprehensif untuk nyawa dan kesihatan anda dan juga peluang untuk mendapat pulangan pelaburan sekaligus. Ia mudah dan tidak menyusahkan kerana anda tidak perlu lagi membeli atau bersusah payah mengingati butiran beberapa pelan yang berlainan.

Pelaburan pula di laburkan mengikut keperluan pelanggan. Bagi pelanggan Muslim bolehlah memilih Dana Padu yang berlandaskan syariah untuk pelaburan. Terdapat juga Managed Fund, Equity Fund, Dynamic Growth Fund, Equity Income Fund, Bond Fund, dan Cash Fund.

Ingin Tahu Lebih Lanjut?

Sila hubungi saya di talian 016-3661786, atau email pertanyaan anda ke zulhaizal@ymail.com dengan segera.

Wednesday, 18 January 2012

SELAMAT DATANG..

Selamat Datang untuk semua !!
Tujuan blog ni dihasilkan adalah untuk memberi kesedaran dan juga sedikit info kepada semua betapa pentingnya INSURANS kepada kita.

Saya percaya, masih ramai lagi orang2 diluar sana yang masih tercari-cari atau mengambil mudah kalau bab-bab berkaitan INSURANS ni. 

Semoga dengan adanya blog ni, ia dapat memberi sedikit sebanyak maklumat untuk anda semua !!