Wednesday, 19 December 2012

Nice Conversation.. :)



Conversation with a young chap… Let's name him Leslie.

Leslie: I don't need insurance lah.

Me: But you already got 3 insurance policies.

Leslie: Where got? I never bought any.

Me: Leslie, your insurance policies are not from insurance company.

Are your parents still around?

Leslie: Yes.

Me: They are your 1st insurance policy. 2nd insurance policy will be your elder sister. 3rd will be your wife and son.

Leslie: (Pause for a while) Why my son?

Me: Because he will use his education fund to fund your daily expenses one day when you cannot work due to critical illness.

Leslie kept silent for exactly 2 minutes.

Leslie: How to apply?..

Wednesday, 7 November 2012

Hayati dan Belajar dari Pengalaman Ini..

 Artikel di bawah ini bukan tulisan seorang agen insurans. Saya copy n paste dari blog dibawah (Hayati pengalaman beliau):

 

http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/2011/06/kepentingan-memiliki-insurans.html


Assalamualaikum..Kali ni saya nak share kepentingan memiliki insurans diri & jugak buat org2 tersayang. Saya ingin berkongsi berdasarkan pengalaman yang saya lalui. Bagi saya insuran untuk diri, anak-anak & org y kita sayangi sgt penting jika sesuatu y x diingini menimpa pada diri kita & keluarga kita. Sebagai contoh, jika kita jatuh sakit secara tiba-tiba, dengan adanya insurans diri ianya dpt menampung @ cover masalah kewangan melibatkan perubatan. 

Jangan jadi seperti saya, menangis air mata darah sekalipun dah x berguna lagi. Dalam thn 2009 mcm tulah, saya ingin membeli insurans diri utk diri sendiri. Tapi bila isi form & diselidik, saya mmg dah x layak untuk join mana2 insurans sekalipun kerana penyakit saya tersenarai dlm list , melainkan jika saya ambik insurans tu sblum disahkan sakit, mmg layak! 

 Inilah kesusahan diri yang terpaksa saya alami setiap kali melibatkan kos rawatan perubatan y besar untuk diri sendiri. Selagi diri masih sihat & tidak mempunyai penyakit2 kronik y diblacklist oleh insurans, saya sarankan ambiklah insurans demi masa depan. Saat saya nak ambik insurans kesihatan untuk diri saya dulu, semuanya sudah terlewat. Sebab penyakit2 y sy hidapi ni tersenarai dalam penyakit kronik y diblacklist oleh agen insurans... melainkan, jika masuk dulu insurans & selepas itu baru disahkan mempunyai penyakit, barulah insurans akan cover. 

Kita bukanlah sesiapa.... mana nak cari duit serta merta. Kalo kita Perdana Menteri, Raja, Jutawan mahupun sesiapun...pasti kita tidak akan teraba-raba untuk mencari duit demi perubatan untuk kesihatan.. Tapi,, org kenamaan, jutawan pun pasti akan memiliki insurans perlindungan diri juga. Sebenarnya, dulu saya memang ada insurans kesihatan... Tapi stop ambik insurans tu masa umur 12-13 tahun, sbb saya fikir mama saya ibu tunggal..mesti nak guna duit banyak lagi.. Lagi pun saya sihat walafiat waktu tu.. manalah tahu, setahun lepas berhenti tu semuanya merubah kehidupan saya bila disahkan mempunyai ketumbuhan dlm otak.. Dan saat tulah teraba-raba mencari duit utk biayai perubatan & menjalankan pembedahan. Tapi mujurlah pihak sekolah prihatin & badan2 kebajikan yang sudi membuat kutipan derma untuk membiayai rawatan saya saat tu.

Tapi, sehingga kini...serius saya kata... Rasa semput sgt setiap kali saya jatuh sakit & masuk wad.. Walaupun sy just msuk hosp gov jer..paling kurang kalo 3-5 hari duk wad, mesti RM500 yang melayang.. Sebab termasuk kos fain berulang alik lagi, pampers untuk saya , makanan & mcm2... Pernah berlaku, bila kesemua duit gaji saya mmg habis utk kos perubatan saja semasa di icu bulan 2 baru2 ni.. Perit sgt hidup masa tu.. Belum termasuk kos berulang alik ke hospital untuk appoitment dgn pakar di Kuantan. Apa2 pun inilah yang tersurat utk kehidupan saya.. Apa2 pun saya harus redha...& menerimanya dgn seikhlas hati..Baru jiwa ni akan tenang untuk menghadapi ujian2 mendatang.

 Sebab utama mengapa orang membeli insurans hayat:

1. Untuk melindungi pendapatan keluarga
Bagi kebanyakan keluarga, kesinambungan pendapatan adalah bergantung kepada kehidupan
dan kesihatan pencari nafkah. Insurans hayat yang secukupnya menjamin pendapatan keluarga dalam apa jua keadaan.

2. Perlindungan kewangan ketika hilang upaya
Sekiranya pencari nafkah hilang upaya, insurans hayat memastikan keperluan keluarga tidak terjejas.

3. Suatu pelan untuk pendidikan anak - anak
Semua ibubapa mempunyai impian yang tinggi terhadap masa depan anak - anak mereka. Insurans hayat menjadikan impian itu suatu kenyataan.

4. Suatu tabung persaraan
Semua orang yang bekerja mengharapkan suatu persaraan yang membahagiakan. Insurans hayat adalah langkah praktikal ke arah matlamat tersebut. 

5. Suatu pelan perubatan/kesihatan
Kebanyakan orang merungut mengenai peningkatan kos bagi penjanaan kesihatan. Orang yang bijak mengunakan insurans hayat untuk meringankan beban perbelanjaan perubatan/ kesihatan yang tinggi.

6. Suatu ukuran nilai diri
Ramai yang tidak pasti akan nilai diri mereka. Insurans hayat membolehkan anda menghebahkan pada dunia akan nilai sebenar diri anda.

7. Sebagai pemberian untuk yang tersayang
Tidak seperti pemberian yang lain, insurans hayat adalah pemberian yang berharga dan kekal sepanjang hayat.

8. Perlindungan perniagaan keluarga
Sesetengah perniagaan keluarga adalah untuk diwarisi dari generasi ke generasi. Insurans hayat membantu memastikan pengekalan pusaka keluarga.

9. Sebahagian daripada pelan kewangan menyeluruh
Suatu pelan kewangan itu mungkin ringkas atau kompleks. Namun, tiada pelan kewangan yang sempurna tanpa insurans hayat.

Dan...apa y saya coretkan disini bukan utk meminta simpati @ apa2 shj..Tetapi sekadar untuk memberi gambaran & perkongsian pengalaman di atas apa y saya lalui betapa pentingnya setiap individu itu mempunyai insurans diri. Esspecially bila keadaan terdesak..Sekurangnya ada sumber untuk cover masalah kewangan.. Cam saya kena bgantung 100% pd gaji saya & Fain.. Dan atas kesilapan saya itu, saya x nak ianya menimpa pada ank kesayangan saya, asya... Sy & Fain mula membuka acc bank & ingin membeli insurans perlindungan diri buat asya. Sebab sy rasa ianya penting.. Saya x nak, asya mempunyai nasib seperti saya.
Antara pic-pic kenangan sewaktu saya terlantar sakit : 
kalo x silap ni tahun 2009

guna line kat leher & celah kankang sbb kat tangan & kaki dah out of service

tahun 2010.. Dia, yang sentiasa disisi & dekat di hati x kira apa jua keadaan saya.

tahun 2008. sewaktu koma & bergantung penuh pada mesin pernafasan bantuan hayat.
Time ni asya kat dalam perut saya..Usia dia 5-6 bulan.

Tahun 2011???
Ada masuk icu pada Feb-Mac 2011.. Juga xsedar diri & bergantung pada mesin bantuan hayat utk pernafasan mcm pic atas.. Just 2 hari saja bgantung pada mesin intubator, lps tu blh buang tiub tu sbb paras oksigen dah ok.

Wednesday, 31 October 2012


Ambillah Insurans dari awal untuk anak. Secara jujur, jika anak didiagnos dengan penyakit kritikal, PASTI anda akan ke sana sini, berusaha mencuba pelbagai cara supaya anak sembuh!! Banyak duit akan keluar. Mungkin juga anda tak dapat bekerja beberapa bulan kerana menjaga anak. Trust me, saya dah tengok banyak kali. Jika tak bersedia, segala aset dan simpanan keluarga pasti akan terjejas teruk!

Perlu diingat! Jika anak itu berjaya sembuh sekalipun dari penyakit kritikal, peluang anak itu  untuk dapatkan perlindungan insurans di masa depan adalah amat tipis. Time tu nak menangis keluar air mata darah pun dah tak guna dah.. Mana2 insurans pun susah untuk terima application anak anda time tu. Terpaksalah dia survive tanpa perlindungan insurans.


Ingat! Kos perubatan pasti lebih tinggi satu hari nanti. Oleh itu, sementara anak itu masih sihat, menyimpanlah untuk mereka dalam insurans dari sekarang. At least kalau penyakit berlaku, anak anda sudah diinsuranskan.

Fikirkan masa depan mereka juga...


SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN! 

Peringatan penting untuk saya dan anda.. Ramai dari kita masih tidak tahu membezakan yang mana penting dan yang mana tidak. Yang mana satu aset yang mana liabiliti. Yang mana membazirkan wang dan yang mana menggandakan wang. Ramai yang sanggup membelanjakan untuk benda yang tidak perlu untuk kepuasan sementara eg. handphone sampai dua, tiga bijik. Bercakap pun kena bayar. Kereta dua tiga buah dan ada yang sebenarnya tidak perlu pun, rokok, selalu berparti sana sini, shopping 4 - 5 kali sebulan, bertukar2 handphone macam tukar baju etc. etc.. Ada org anggap itu style.. Betul ke? Bagi saya, takde apa yang dibanggakan. Itu menandakan seseorang itu sebenarnya banyak hutang atau bakal jatuh dalam perangkap hutang selama2nya.

Jangan salah sangka, bukannya tak boleh untuk bergaya.. Tetapi pakar2 kewangan kata:

Bina aset dahulu (aset insurans, simpanan, pelaburan etc.) barulah selebihnya anda spend untuk perbelanjaan (liabiliti).. Jika anda dapat menyimpan 10% - 30% dari pendapatan (menurut perancang kewangan), takde masalah jika yang selebihnya anda mahu guna untuk kepuasan anda dan keluarga. Pendek kata, dapat saja income bulanan - make it a habit to save first, spend later.. not the other way around. 


Kekuatan kewangan datang dari pengumpulan aset dan bukannya mengumpulkan liabiliti yang hanya bakal mengumpulkan hutang. Disebabkan kurangnya pengetahuan ini, tidak hairan ramai yang sudah terperangkap dengan hutang keliling pinggang. Ini kerana, ramai yang suka berbelanja dari menyimpan.
Ada yang dah bekerja berpuluh tahun, tapi masih takde simpanan! Ramai juga anak muda yang bankrupt disebabkan penggunaan kredit kad yang tak terkawal. Ini semua berpunca dari sikap ambil mudah dan cetek ilmu merancang kewangan diri.

Akhir kata, Perancangan Kewangan diri dan keluarga sangat penting terutama untuk mengelakkan financial disaster bila kecemasan berlaku.. Jangan selalu salahkan orang lain dan Jangan ambil remeh, anda perlu celik dalam merancang kewangan. Banyakkan belajar dan membaca berkenaan isu ini. Anda pasti tidak mahu perkara seperti artikel suratkhabar ini berlaku pada anda atau keluarga anda. 

Jika suka dgn apa yang anda baca - dan berminat untuk bertanyakan lebih lanjut tentang aset insurans anda. Hubungi saya utk temujanji di talian 016-366 1786.


Zulhaizal A. Pazir


Monday, 22 October 2012

Simpanan Pendidikan Anak : Insurans atau Unit Trust?


Pasti ramai pernah bertanya, kalau nak create dana pendidikan IPT untuk anak, nak simpan di Insurans ( Investment Linked ) ker atau simpan di Unit Trust ( saham amanah) ?

Izinkan saya berkongsi pendapat yg tak seberapa ini.. :)

Pertama sekali, berkenaan insurans - untuk makluman semua, Insurans pada hari ini ada menawarkan polisi yg berbentuk pelaburan yg disebut Investment Linked Insurans. Ia adalah polisi yang menggabungkan 2 elemen iaitu perlindungan dan pelaburan. Sebahagian premium digunakan untuk membayar charge insurans dan sebahagian lagi digunakan untuk pelaburan saham amanah. Syarikat Insurans sendiri sekarang mempunyai dana saham amanah mereka sendiri. Sama macam syarikat pelaburan Saham Amanah yg lain. Jadi, adakah insurans terbaik??? Tunggu dulu.. Sila baca seterusnya..

Unit Trust (Unit Amanah) pula adalah financial instrument berbentuk pelaburan terkumpul yang membolehkan pelabur-pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama mengumpulkan wang mereka dan kemudian dilabur kedalam portfolio sekuriti atau aset lain yang diuruskan oleh profesional pelaburan. Tiada sebarang bentuk perlindungan dalam unit trust dan hampir 100% wang pelabur (tolak sedikit service charge) digunakan untuk tujuan pelaburan/simpanan.

Oleh kerana itu, jika anda menyimpan RM 100 di Insurans dan juga di Unit Trust, untuk tempoh yg sama katakan 20 tahun, jumlah pelaburan yang anda akan dapat nanti tidak akan sama! Secara logiknya, simpan RM 100 di Unit Trust akan mendapat jumlah pelaburan yg lebih banyak dari Insurans! (aiks! macamana orang insurans bole kutuk produk sendiri? hehe)

 Kenapa ? Kerana Insurans adalah Insurans, sebahagian dana akan digunakan untuk membayar charge insurans. Tambah2 lagi kalau ada byk rider mcm premium waive, atau medical card. Jadi sebahagian besar premium akan digunakan untuk membayar charge2 rider tadi. Berbanding Unit Trust, 100% dari RM 100 tadi akan digunakan untuk pelaburan saham amanah. Of course memang ada initial service charge tapi tak tinggi sgt around 5%. Kalau simpan kat ASB (sejenis Unit Trust juga tapi dilindungi kerajaan), langsung takde service charge.

Tetapi, Insurans memiliki kelebihan perlindungan kepada pencarum. Contoh : kalau anak yg diinsuranskan jatuh sakit kritikal, anda mendapat sejumlah wang untuk rawatan si anak. Dan juga ada medical card untuk rawatan kos perubatan si anak. Jika si bapa meninggal atau lumpuh, si anak tetap mendapat bayaran premium percuma dari syarikat sampai tempoh matang. Berbanding Unit Trust, jika anak terkena penyakit kritikal, anda terpaksa menggunakan duit poket sendiri utk merawat penyakit, sbb takda medical card atau pampasan yg diberikan. Silap2 anda terpaksa menggunakan dana pendidikan sedia ada untuk menampung kos rawatan. Jika si bapa meninggal, pelaburan RM 100 utk anak setiap bulan akan terhenti. So masa depan si anak akan terjejas.

———– ——– ———————————
KESIMPULAN

 Kedua – dua financial instrumen di atas memainkan peranan yang penting. Insurans utk perlindungan, Unit Trust utk pelaburan.

Bagi sesiapa yg baru bercadang membina dana pendidikan anak, ingat, apa2 pun Safety come first. Mengikut pandangan perancang kewangan, untuk anak, Insurans perlu diutamakan dahulu. Sakit kritikal dan kos rawatan hospital anak perlu anda perolehi dahulu sebelum memikirkan soal pelaburan yg seterusnya. Terlebih dahulu Insurans perlu ada utk anda, pencari nafkah keluarga, mesti diutamakan. Untuk mendapat pakej lengkap dengan rider spt premium waive, medical card, minimum untuk buka akaun Insurans dengan pakej terendah lebih kurang RM 120 - 150 (bergantung pada syarat). Utk pelaburan dana pendidikan, sejujurnya jumlah ini tidak cukup. jadi jika ada bajet lebih, barulah fikirkan soal pelaburan. Anda boleh memilih untuk melabur di Saham Amanah yg dimiliki oleh syarikat insurans atau pun syarikat saham amanah yg khusus. Pelaburan akan dibuat secara 100%. Ini kerana charge insurans telah anda sediakan terlebih dahulu.

Jika anda sudah membeli plan pendidikan utk anak ( mula dari bayi 1 bulan ) dari Insurans berkait pelaburan, pastikan jumlah yg akan anda perolehi nanti adalah menepati dengan target kos pendidikan akan datang. Jika ia sudah mencukupi, tidak perlu lagi anda invest dalam Unit Trust yg lain. Selalunya, premium dibayar adalah antara RM 200 – RM 300. Jika belum cukup, anda harus memikirkan untuk menambah pelaburan di dalam dana syarikat insurans sendiri atau saham amanah syarikat yg lain. Yg penting target dana pendidikan akan datang adalah menepati.

Jika anda sebelum ini hanya melabur di dana saham amanah yg tak menyediakan pakej insurans, anda harus pastikan :
medical card utk anak anda bagi rawatan penyakit kritikal
- anda sendiri memiliki insurans dgn jumlah pampasan yg tinggi. Pendek kata, jika anda meninggal dunia, pampasan yg diperolehi dapat menampung dana pendidikan anak anda.

Bagi yg terbaik adalah, allocate 30% dari dana pelaburan anda ke insurans bagi tujuan 
perlindungan, dan 70% di saham amanah bagi tujuan pelaburan. Dan yg paling penting, pastikan jumlah dana yg akan anda perolehi nanti MENEPATI TARGET KOS PENDIDIKAN masa tersebut.

Sekian sahaja untuk kali ini selepas lama tak menulis.. 

Zulhaizal A. Pazir
016-3661786


Thursday, 2 August 2012

Salah Faham Mengenai Insurans Oleh : Azha Syazri, AFPM

Terbaca artikel ini di Internet, lalu saya siarkan utk manfaat bersama, 
anda baca dan nilailah sendiri yer! =) 

<<Penulis artikel dibawah adalah seorg Financial Planner drp MAA Life 
Insurance dan bekas penulis tetap di salah sebuah majalah terkenal 
di Malaysia. 
 
--------------------------------------------------------------------------

Talk About : Salah Faham Mengenai Insurans Oleh : Azha Syazri, AFPM 

Apa itu Life Insurans sebenarnya?

Jual Beli Nyawa? Jual Beli Pampasan? Skim Buat Untung Dalam Sekelip
Mata? Mengapa Salah Faham terjadi?

Salah faham terjadi kerana pemahaman yang salah mengenai konsep asas
insurans. Sejak awal tahun 1970an, industri insurans sudah mula berkembang
di Malaysia, tetapi kebanyakan teks dan ilmu mengenai insurans hanya boleh
didapati di dalam versi bahasa Inggeris. Bagi orang Melayu pada masa itu,
insurans merupakan satu 'benda baru' untuk mereka dan mungkin kerana
penguasaan bahasa Inggeris yang lemah, ini telah membuatkan mereka membuat
pelbagai tanggapan salah mengenai Life Insurans dengan mengaitkan Life
Insurans sebagai satu jual-beli nyawa atau jual-beli pampasan.

Sejauh manakah salah faham ini berlaku di kalangan masyarakat kita?

Pada pemerhatian saya, salah faham ini sudah mencapai di tahap kritikal
sekarang kerana wujudnya persaingan tidak sihat dari ejen-ejen insurans
tertentu, yang menyalah-gunakan fatwa dan hukum agama, bagi menjual
insurans mereka untuk kepentingan mereka sendiri. Perkara sebegini bukan
sahaja memberi maklumat yang tidak tepat mengenai Life Insurans, malahan
membuatkan masyarakat kita memandang Life Insurans sebagai satu benda
negatif, haram dan dikeji.

Adakah benar Life Insurans itu Insurans Nyawa?

Anda tentu sedia maklum bahawa semua insurans perlu dibuat mengikut
nilainya. Adakah insurans menilai nyawa seseorang? Tentu tidak! Insurans
tidak pernah menilai atau meletak harga ke atas nyawa seseorang. Malahan,
anda tidak perlu kehilangan nyawa untuk menerima pampasan insurans. Dalam
realiti, pampasan insurans tetap berbayar samada kerana cacat keseluruhan,
penyakit kritikal, kemalangan dan rawatan hospital, tanpa anda kehilangan
nyawa. Jadi, tidak mungkin ia satu Insurans 'Nyawa'.

Jika seseorang itu memahami konsep asas insurans, dia sepatutnya tahu
bahawa perkataan 'Life' memberi banyak makna lain selain nyawa, iaitu
makna yang lebih tepat lagi - KEHIDUPAN. Contoh: apabila seseorang berkata
"How's Life?", dia bukan maksudkan bagaimana nyawa anda, sebaliknya
bertanya khabar bagaimana kehidupan anda?.

Jadi, tidak hairanlah, apabila tafsiran dibuat pada pemahaman yang salah,
masyarakat mula mempersoal samada nyawa seseorang itu boleh dijual-beli
atau diletakkan harga sehingga menyebabkan keluarnya Fatwa yang kurang
tepat mengenai insurans nyawa.  

Adakah benar Life Insurans itu satu Muamalah Jual-Beli Pampasan?

Ini satu lagi salah faham mengenai insurans di mana ramai yang menyangka
ia sebagai satu urusan jual-beli pampasan. Tidak hairanlah, wujudnya satu
lagi fatwa pada tahun 1979 yang mengharamkan Insurans Nyawa kerana ia
ditakrifkan sebagai satu muamalah yang 'fasid' (rosak/tidak sah) yang
tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam dari segi aqadnya kerana
mengandungi unsur-unsur gharar (tidak ketentuan), maisir (judi) dan riba.

Tetapi adakah benar Life Insurans itu satu muamalah jual beli pampasan?

Saya ambil contoh situasi benar yang berlaku apabila seseorang itu membuat
pinjaman rumah di bank. Apabila bank meminta anda memastikan bahawa
pinjaman anda tetap berbayar walaupun anda mati atau cacat kekal, adakah
bank menyuruh anda membeli pampasan dari pihak tertentu? Cuba anda renung
perkara ini betul-betul, samada bank menyuruh anda membeli pampasan atau
tidak?

Tentu tidak bukan? Apa yang bank mahukan hanyalah satu JAMINAN
PERLINDUNGAN atau JAMINAN KEWANGAN di mana, jika anda mati atau cacat
kekal, pinjaman rumah anda itu tadi akan dapat dibayar oleh penjamin anda.
Siapa yang boleh menjadi penjamin untuk satu jumlah pinjaman yang besar
seperti itu? Kawan-kawan? Adik beradik? Ibu bapa? Pinjaman peribadi RM
10,000 pun semua orang takut nak jamin, inikan pula pinjaman rumah yang
bernilai ratusan ribu! Jadi ternyata, jaminan seperti ini, tidak mampu
dipegang jika diserahkan kepada seseorang.

Dalam industri kewangan, jaminan perlindungan tersebut ada disediakan oleh
sebuah institusi kewangan yang dipanggil syarikat insurans dan tugas
mereka adalah untuk menyediakan jaminan perlindungan ke atas risiko-risiko
asli tertentu sahaja. Syarikat Insurans tidak pernah menjual pampasan,
sebaliknya hanyalah memberi jaminan perlindungan.

Jadi, apakah Barang atau Subject Matter di dalam aqad Life Insurans?

Saya berpendapat, barang atau subject matter di dalam aqad Life Insurans
adalah JAMINAN PERLINDUNGAN (yang diberi dalam bentuk JAMINAN KEWANGAN)
dan POLISI INSURANS kerana hanya dengan membeli insurans sahaja, anda akan
menerima jaminan perlindungan dan polisi insurans. Malahan istilah
‘Takaful’ sendiri membawa maksud kepada “jamin-menjamin”, bukan
menjual/mengutip pampasan. Buat sumbangan pada anak yatim, anda tidak akan
dapat polisi insurans. Begitu juga kalau buat sumbangan kepada masjid
mahupun surau atau mana-mana badan kebajikan, anda tidak akan dapat polisi
insurans. Belum pernah dalam sejarah industri kewangan, sesiapa yang
membuat sumbangan kepada badan kebajikan, akan diberi polisi insurans.
Jaminan perlindungan ini wujud dan boleh dibuktikan dengan sokongan polisi
insurans. Berbalik kepada isu jaminan kepada bank. Pihak bank tentunya
hanya akan percaya, anda sudah ada jaminan perlindungan apabila anda sudah
ada polisi insurans. Kalau tidak, pasti pinjaman anda tidak akan
diluluskan. Dan polisi insurans ini, anda hanya akan dapat kalau anda
menyertai skim insurans yang dikelolakan syarikat insurans, dimana
fungsinya adalah untuk melindungi kesemua peserta-peserta di dalam satu
kumpulan yang besar.

Adakah patut Jaminan Perlindungan ini diberi secara percuma?

Mungkin anda tertanya-tanya, memandangkan syarikat insurans hanya memberi
jaminan perlindungan (dalam bentuk jaminan kewangan ke atas kerugian
kewangan yang dialami oleh peserta), mengapa mereka perlu caj peserta
untuk jaminan tersebut? Bukankah sepatutnya tidak ada caj kerana tidak
terima pampasan?

Cuma anda lihat apa terjadi kepada kakitangan kerajaan yang memberi
jaminan sebagai penjamin kepada orang yang membuat pinjaman peribadi,
khususnya di Bank Rakyat. Apa telah terjadi kepada mereka sekarang ini?
Ramai yang terpaksa menanggung hutang yang mereka tidak buat, kerana si
peminjam larikan diri, tanpa membayar semula pinjaman mereka. Inilah
gara-gara memberi jaminan perlindungan/jaminan kewangan secara percuma. Ia
mengundang seribu satu masalah dan bermacam jenis penipuan. Jika anda
lihat sekarang, berapa ramai kakitangan kerajaan yang sanggup menjamin
pinjaman peribadi orang lain, walaupun kawan baik sendiri? Hampir tiada,
betul tak? Lebih-lebih lagi nak jamin seseorang yang kita tidak kenal.
Lagilah mustahil nak jumpa penjamin.

Sebab itulah, setiap peserta yang menyertai skim Life insurans perlu dicaj
mengikut risiko kehidupan yang mereka bawa. Tidak ada syarikat insurans
yang sanggup beri jaminan perlindungan begitu sahaja, tanpa apa-apa caj
insurans. Semuanya perlu ditapis terlebih dahulu sebelum penerimaan dibuat
oleh syarikat insurans. Ini kerana Life insurans tidak boleh dibeli dengan
wang ringgit. Ia hanya boleh dibeli dengan kesihatan. Jika kesihatan anda
tidak mengizinkan, duit sejuta ringgit pun tidak akan laku di syarikat
insurans.

Di Malaysia, jumlah caj insurans ini dikawal-selia oleh Bank Negara
Malaysia, satu-satunya badan kerajaan yang ditugaskan untuk mengawal-selia
industri kewangan. Dan struktur caj insurans ini dibuat mengikut standard
dan piawaian antarabangsa serta diawasi oleh Akta Insurans 1996.

Apa fungsi Life Insurans sebenarnya?

Ramai orang yang menyangka insurans ini satu skim buat untung. Kalau tidak
untung, maka dia pasti akan rugi dan jatuhlah hukum haram. Saya sendiri
tidak faham dari mana dia belajar semua ini? 

Kalau anda kaji konsep asas insurans, jaminan perlindungan yang diberikan
ini, bukan ke atas nyawa seseorang kerana Life Insurans tidak pernah
menilai atau meletak harga ke atas nyawa seseorang. Jaminan perlindungan
hanya dibuat berdasarkan kerugian kewangan (financial loss) dan fungsinya
bukan untuk membuat keuntungan, sebaliknya untuk menutup kerugian kewangan
(indemnity) yang dialami akibat risiko-risiko (musibah) asli tertentu.
Ada orang yang mengatakan, insurans konvensional ini umpama nikah cara
sivil, tidak ikut hukum syariah kerana mengikut undang-undang sivil.  Apa
komen anda?

Pertama, insurans tidak sama dengan nikah kahwin. Ini anda perlu faham dan
tidak boleh pandai-pandai buat perumpamaan kalau tidak cukup ilmu
insurans.

Kedua, Akta Insurans & Akta Takaful, kedua-duanya adalah
undang-undang sivil. Akta Takaful mahupun syarikat Takaful tidak pernah di
bawah kawalan Majlis Fatwa Kebangsaan mahupun pihak Jabatan Agama Islam.
Semua syarikat insurans dan ejen-ejennya, baik konvensional atau Takaful,
dikawal-selia oleh Bank Negara Malaysia.

Ketiga, hanya kerana ia satu undang-undang sivil, tidak bermakna sesuatu
itu akan pasti menjadi haram. Sebaliknya, saya percaya, jika ia dibuat
mengikut prinsip syariah, walaupun ia adalah undang-undang sivil, maka ia
tetap sah di dalam Islam. Sebagai contoh: Undang-undang lalu-lintas
Malaysia, takkan anda tidak mahu bayar saman, hanya kerana anda orang
Islam yang tidak percaya kepada undang-undang sivil?

Satu contoh paling jelas, adalah sijil kahwin saya. Saya bernikah di
Golden Mosque, Quiapo, Manila dengan berwali hakim dan 2 saksi petugas
masjid. Sijil nikah yang dikeluarkan oleh kerajaan Filipina adalah satu
sijil perkahwinan sivil. Tetapi, sekembalinya saya ke Malaysia, pihak JAWI
mengesahkan perkahwinan saya sah di sisi syarak kerana semuanya dibuat
mengikut hukum Islam dan mereka mengeluarkan surat nikah JAWI untuk
memudahkan urusan imigresen isteri saya. Tambahan pula, kebenaran dari
pihak JAWI sudah pun saya dapatkan dulu sebelum berangkat ke Manila. Jadi
sudah jelas, sijil nikah sivil saya tetap sah dan diterima-pakai oleh
pihak JAWI.

Bagaimana pula dengan persoalan berkenaan unsur-unsur gharar (tidak
ketentuan)?

Apabila 'subject matter' di dalam Life Insurans ini ditakrifkan sebagai
jaminan perlindungan, maka segala persoalan gharar, riba dan maisir (judi)
akan terjawab.

Dengan adanya polisi insurans, segala kandungan mengenai Life Insurans
sudah pun dinyatakan dengan jelas, baik dari segi tempoh jaminan, jumlah
pampasan yang akan diberi di dalam tempoh jaminan, caj yang dikenakan ke
atas jaminan yang diberikan dan bagaimana pampasan boleh dituntut, apabila
anda memenuhi syarat-syarat perjanjian amanah di dalam polisi insurans
anda. Semua ini dibuat dengan jelas, mengikut standard piawaian Bank
Negara Malaysia dan Akta Insurans 1996.

Jaminan perlindungan dan polisi insurans boleh dibuktikan, baik di
mahkamah sivil, mahkamah syariah mahupun di dalam industri perbankan.
Mahkamah syariah juga mengesahkan pampasan insurans konvensional adalah
suatu harta pusaka yang perlu difaraidkan di kalangan pewaris si mati. Ini
bermakna, mereka mengiktiraf bahawa jaminan perlindungan itu wujud dan
pampasan tersebut perlu dibahagi-bahagikan mengikut sistem pusaka Islam.
Adakah benar riba' wujud di dalam Life Insurans?

Jika anda lihat polisi insurans lama (traditional life policy), akan ada
unsur riba apabila seseorang itu mengeluarkan simpanan insuransnya sebelum
tiba tempoh matang. Ini dinamakan policy loan (pinjaman dari polisi) dan
biasanya dikenakan interest/faedah yang boleh dijatuhkan hukum riba'.

TETAPI, dengan wujudnya plan insurans baru berbentuk Investment-Linked
Insurance, maka isu riba sudah tidak wujud lagi, lebih-lebih lagi dengan
adanya plan simpanan berprinsip syariah, kerana setiap pengeluaran
simpanan insurans dianggap penjualan semula unit saham amanah anda kepada
syarikat insurans, dan bukannya satu pinjaman. Maka isu riba tidak pernah
wujud dalam plan Insurans Investment-linked sekarang!

Begitu juga mengenai isu timbangan yang tidak sama (Riba' Al-Fadl) di mana
premium insurans murah, sedangkan pampasannya berpuluh kali-ganda? Riba
akan wujud jika anda menyangka Life Insurans itu satu proses jual-beli
pampasan. Cuba anda lihat perniagaan kelab sukan/gym. Adakah anda beli
mesin exercise atau beli ‘kesihatan’? Tentunya anda bukan beli mesin
exercise atau ‘kesihatan’ bukan? Apa yang anda beli/bayar adalah untuk
keahliannya. Macam mana nak tahu wujudnya keahlian itu? Ada - sila rujuk
kad keahlian

Sama juga dengan Life Insurans, anda bukan beli pampasan, sebaliknya anda
beli jaminan perlindungan. Kalau nak tahu samada anda ada jaminan
perlindungan atau tidak, sila rujuk polisi insurans. Polisi insurans ini
umpama kad keahlian kelab gym tadi. Dan kalau anda lihat, keahlian gym
tadi, bayar cuma RM 50 sebulan sahaja, tapi dapat guna mesin exercise yang
bernilai ratusan ribu ringgit. Ditambah lagi dengan kemudahan mandi sauna
dan trainer aerobik, mana mungkin anda dapat semua itu dengan hanya RM 50
sahaja? Sebab kelab gym tersebut hanya jual keahlian, bukan jual trainer
aerobik, tempat sauna mahupun mesin exercise! Dan mereka buat perniagaan
ini dalam satu kumpulan ahli yang besar, bukan seorang dua. Jadi keahlian
dapat diberikan dengan harga yang murah dan hasil kutipan semua ahli,
kelab dapat menyediakan semua kemudahan ini.

Sama juga dengan Life Insurans, sebab itulah hanya dengan RM 100 sebulan,
anda sudah boleh dapat jaminan perlindungan RM 100,000 sebab syarikat
insurans hanya beri jaminan perlindungan sahaja, bukan jual-beli pampasan.
Apa gunanya jaminan perlindungan ini kalau pampasan tak dapat? Inilah
masalah orang yang tidak faham konsep asas insurans. Jaminan perlindungan
ini boleh anda gunakan untuk menyokong permohonan pinjaman anda di bank.
Saya pasti setiap bank akan minta jaminan perlindungan sebelum mereka
meluluskan pinjaman rumah yang beratus ribu. Bank bukan suruh anda beli
pampasan, bank suruh anda sediakan jaminan perlindungan sahaja iaitu pihak
yang sanggup bayar sejumlah wang bagi pihak anda, apabila anda ditimpa
musibah!

Jaminan perlindungan ini juga boleh digunakan oleh suami untuk meyakinkan
isterinya, yang dia seorang lelaki yang bertanggung-jawab, terutamanya
kepada keluarganya. Saya pasti, semua suami, kalau boleh, mahukan
ketenangan fikiran dalam hal kebajikan keluarganya. Dia tentu nak pastikan
keluarganya dapat meneruskan kehidupan mereka seperti biasa, walaupun dia
sudah tiada atau tidak berupaya. Tidak ada seorang ayah pun yang sanggup
melihat anak-anaknya menderita menghadapi keperitan hidup ini. Hanya
dengan Life Insuranslah dia dapat menjamin, keluarganya akan menerima
pendapatan berterusan, walaupun dia sudah tiada atau tidak berupaya.
Dengan Life insurans-lah, si suami dan si ayah tadi dapat berikan jaminan
kepada isteri dan anak-anaknya.

Jadi, saya berpendapat, sudah tentu isu Riba' Al-Fadl ini sepatutnya tidak
wujud jika seseorang itu benar-benar memahami konsep asas insurans. Ini
kerana, jika benarlah isu timbangan tidak sama itu adalah riba, maka semua
insurans am juga patut diharamkan. Malahan semua jenis insurans perlu
diharamkan kerana timbangan tidak sama. Bayar insurans kereta murah,
perlindungan berpuluh ribu. Insurans kebakaran bayar RM 100 setahun
sahaja, perlindungan sampai RM 100,000. Bukankah sudah jelas, tidak sama
timbangan? Mengapa pula insurans am boleh dihalalkan oleh Majlis Fatwa
Kebangsaan sedangkan ia jelas satu unsur Riba’ sama seperti hujah agama
ke atas Life Insurans? Sebab itulah saya berpendapat, fatwa dan hukum
sedia-ada mengenai Life Insurans tidak tepat kerana, bukan sahaja fatwa
dan hukum agama dibuat dengan hujah-hujah yang tidak konsisten (insurans
nyawa haram kerana isu timbangan tidak sama, sebaliknya insurans am
dihalalkan walaupun isu timbangannya tetap tidak sama) malahan, fatwa dan
hukum agama ke atas Life Insurans
ini telah dibuat atas pemahaman yang kurang tepat dan pengetahuan yang
sangat lemah dalam bidang insurans, terutamanya terdapat banyak perubahan
yang sudah berlaku di dalam industri insurans sekarang.

Isu timbulnya penangguhan dalam penyerahan 'barang' (Riba An-Nasi'ah),
sebenarnya juga tidak wujud lagi. Ini kerana, apabila seseorang itu
membayar premium insuransnya, jaminan perlindungan itu sudah wujud
serta-merta semasa aqad dibuat dan syarikat insurans sudah pun menanggung
liabiliti ke atas peserta itu apabila wang diserahkan. Jika dia mati atau
cacat kekal kerana kemalangan pada keesokkan harinya, pampasan insurans
tetap akan berbayar. Ini boleh anda semak dengan mana-mana syarikat
insurans, baik konvensional mahupun Takaful.

Bagaimana pula dengan unsur Maisir (Judi) di dalam kontrak insurans?
 
Memang tidak dinafikan ada orang yang menganggap membeli insurans ini satu
perjudian ke atas sesuatu yang belum pasti berlaku. Apa yang belum pasti
berlaku sebenarnya? Belum pasti terima pampasan? Tidak hairanlah anda
merasa insurans itu seperti judi, kerana anda menyangka insurans itu satu
jual-beli pampasan. Tetapi jika anda faham konsep asas insurans, anda
tentu akan sedar, bahawa anda sudah pun menerima apa yang anda sudah
bayar, iaitu - Jaminan Perlindungan!

Sebab itulah, saya berpendapat, unsur Maisir (Judi) sebenarnya tidak wujud
kerana : -

1.   Peserta membayar premium kecil kerana dia hanya membeli jaminan
perlindungan dan bukannya membeli pampasan. Dan wang yang diberi oleh
syarikat insurans juga lebih berbentuk sumbangan atau pampasan yang
datangnya dari hasil sumbangan semua ahli peserta di dalam satu kumpulan
besar. Kalau tidak silap saya, jika wang yang diberi itu dianggap sebagai
satu sumbangan/pampasan, maka ia tidak mengapa dan dibolehkan di dalam
Islam.

2.   Wang premium yang dibayar sebenarnya tidak hangus kerana jaminan
perlindungan sudah pun diberikan dari awal-awal lagi apabila peserta
menyerahkan duitnya. Peserta sudah pun mendapat 'barang' yang dibayarnya.
Tambahan pula, sepanjang tempoh jaminan, peserta bukan sahaja mendapat
layanan dari syarikat insurans, malahan dari ejen insurans itu sendiri.
Jadi segala-galanya jelas bahawa peserta sudah pun mendapat apa yang
dibayarnya.

3.   Syarikat insurans tidak rugi hanya kerana membayar tuntutan pampasan
berpuluh-kali ganda yang melebihi premium yang diterima. Ini kerana
insurans dibuat di dalam satu kumpulan yang besar dan peratusan peserta
yang membuat tuntutan pampasan hanyalah peratusan kecil dari kumpulan
besar tersebut. Tambahan pula, tuntutan pampasan yang dibayar, bukannya
datang dari wang syarikat, sebaliknya dari sumbangan (caj insurans) setiap
peserta yang diterima di dalam satu kumpulan besar tersebut. Contoh:
Tuntutan berjuta-juta ringgit setiap tahun pun, syarikat insurans masih
lagi untung kerana operasi perniagaan mereka dibuat secara menyeluruh di
dalam satu kumpulan besar, bukan terhad kepada satu-satu urusan jual-beli.
Ini boleh dilihat dari laporan tahunan mana-mana syarikat insurans.

Mengapa Insurans itu bukan judi? Boleh jelaskan? 

Banyak bezanya. Judi itu mewujudkan risiko sedangkan insurans itu menutup
risiko sedia-ada. Judi itu untuk menyediakan keuntungan kepada mereka yang
kena, tetapi insurans hanyalah menutup kerugian kewangan (indemnity)
kepada peserta yang ditimpa musibah, bukan mencipta keuntungan ke atas
nyawa. 

Orang yang kalah berjudi akan kehilangan segala duitnya, tetapi premium
dana syariah diberi semula berserta dividen lagi apabila tiba tempoh
matang. Judi itu membayar duit kepada mereka yang bernasib baik, sedangkan
indemnity dalam insurans diberikan kepada peserta yang tidak bernasib baik
(ditimpa musibah tertentu). 

Dalam judi, sesiapa pun layak berjudi, tetapi dalam insurans, hanya mereka
yang mempunyai kepentingan diinsuranskan sahaja boleh memohon. Judi dibuat
dengan duit, insurans hanya boleh dibuat dengan kesihatan. Jika kesihatan
anda tidak mengizinkan, duit sejuta pun tak laku! Jadi, adakah anda
nampak perbezaan judi dan insurans itu?

Ada orang kata, sistem konvensional hanya mementingkan untung semata-mata?
Tidak seperti operator Takaful yang lebih mementingkan kebajikan. Betul ke
tuduhan ini?

Pertama sekali, tidak ada satu syarikat insurans pun didaftarkan sebagai
satu badan kebajikan. Semuanya didaftarkan sebagai satu perniagaan, tidak
kira ia syarikat insurans konvensional mahupun Takaful. En Azman Ismail
(Hijrah Strategic Advisory Group) dalam artikelnya di laman web LIAM juga
ada menyatakan di dalam Sidang Kemuncak Takaful di Bahrain 1997 bahawa
perjalanan syarikat-syarikat Takaful di Malaysia lebih kepada bentuk
perniagaan, dan bukannya dilakukan dalam bentuk koperasi/kerjasama seperti
yang disarankan oleh ulama-ulama seluruh dunia. Dan saya berpendapat, bagi
semua perniagaan, mencari untung itu adalah satu matlamat yang tidak ada
salahnya. Jika anda berniaga, mahukah anda rugi sentiasa? Tentu mahu
untung juga bukan?
 Kedua, jangan mudah menuduh syarikat konvensional hanya pentingkan untung
semata-mata kerana bukti-bukti yang saya ada menunjukkan, syarikat
insurans konvensional banyak memainkan peranan penting dalam hal kebajikan
masyarakat, tidak kira mereka ini peserta skim insurans mereka atau tidak.
Sebagai contoh, Kad Perubatan Sihat Malaysia. MAA masih lagi mengekalkan
produk insurans perubatan ini demi menjaga kebajikan masyarakat, walaupun
mereka tahu dan mereka sedar, insurans perubatan melibatkan risiko paling
tinggi dan banyak mengalami kerugian selama ini. Bagi setiap RM 1 premium
yang dikutip, MAA terpaksa membayar semula RM 1.60 untuk menanggung bil
perubatan hospital yang peserta-peserta masuk. Produk ini masih lagi
dijual dengan jayanya, walaupun MAA tahu mereka tidak banyak untung kerana
tidak dapat menaikkan harga kad sesuka hati (harga kad perubatan
dikawal-selia oleh Program Kesihatan Kebangsaan) dan produk ini masih lagi
diteruskan walaupun MAA ada mengalami kerugian di dalam sektor ini.
Malahan syarikat insurans konvensional lain juga mengalami kerugian yang
serupa, akibat sikap hospital swasta yang gemar ‘over-charge’ pesakit
mereka (dengan melakukan ujian & prosedur yang tidak diperlukan) apabila
mereka mengetahui pesakit tersebut dilindungi insurans.

Contoh-contoh lain, MAA sendiri memiliki 8 pusat rawatan dialysis buah
pinggang di seluruh Malaysia, yang bertujuan untuk membantu mereka yang
kurang berkemampuan mendapatkan rawatan. Selain itu, MAA juga membantu
Budimas, sebuah yayasan kebajikan Tuanku Permaisuri Agong, yang
menyediakan pelbagai kemudahan seperti pusat rawatan dialysis buah
pinggang dan sebagainya, untuk mereka yang tidak berkemampuan dan kurang
upaya. Banyak juga aktiviti kebajikan yang MAA taja sebagai penaja utama.
Sudah menjadi lumrah masyarakat, perkara baik yang mereka buat jarang
dilihat oleh masyarakat. Yang nampak hanya benda buruk kerana adanya pihak
tertentu yang suka 'bawa mulut'! 
 Bagaimana pula dengan Kenyataan yang mengatakan - "Hanya 4 kaunter sahaja
yang mendapat pengiktirafan Lulusan Syariah dalam kategori Finance di BSKL
sedangkan Kaunter syarikat insurans konvensional lain tidak termasuk dalam
senarai syariah compliance ini". Apa komen anda?

Ya, dalam senarai kaunter BSKL memang MAA dan syarikat insurans
konvensional lain tidak termasuk di dalam senarai kaunter diluluskan
syariah. Ini disebabkan adanya produk-produk insurans konvensional lain
yang masih mempunyai riba (interest) on policy loan. 

Tetapi saham BSKL amat berbeza dengan Dana Pelaburan Syariah di MAA,
mahupun di syarikat insurans konvensional lain. Ini kerana, bagi saham
BSKL, jika anda beli saham MAA berbillion ringgit dan pegang lebih 51%
dalam jumlah saham, anda sudah jadi pemilik baru MAA. 

Sebaliknya, bagi dana-dana Islamik Investment-Linked adalah satu dana
amanah saham yang tidak bercampur dengan dana pelaburan konvensional,
mahupun dana syarikat di BSKL. Dan Dana-Dana Islamik ini diiktiraf sebagai
Lulusan Syariah oleh Penasihat Syariah yang terlantik seperti syarikat
Hijrah Strategic Advisory Group, yang mengiktiraf Dana Islamik MAA adalah
halal dan bersih kerana mereka sudah pun meng-audit perjalanan pelaburan
tersebut. 

Apa yang anda perlu fahami adalah, jika anda beli berjuta ringgit dana
islamik MAA, anda tidak akan jadi pemilik MAA, kerana ia hanyalah dana
amanah saham. Sama seperti anda letak berjuta ringgit di dalam ASB, anda
tidak mungkin menjadi pemilik PNB. Nampak perbezaannya? 

Semua pelanggan insurans MAA yang memilih plan syariah boleh melihat wang
simpanan insurans mereka dilaburkan mengikut prinsip-prinsip syariah dan
di kaunter-kaunter lulusan syariah sahaja. 

Diharap penerangan saya ini membantu pemahaman anda dalam industri
kewangan di Malaysia...

Thursday, 12 July 2012

Iktibar untuk Semua..


Hari ini, saya terbaca artikel di suratkhabar The Star. Harap anda dapat baca dan ambil iktibar. Jika anda mahu membantu keluarga di atas, bantuan anda amatlah digalakkan bagi mengurangkan bebanan keluarga ini. Sila lihat No CIMB account yang tertera di artikel di atas.

Siapa sangka, pada umur 29, sang suami didiagnos dengan Kanser Otak. Sedangkan sebelum ini, beliau sihat dan normal seperti kebanyakan yang berumur lingkungan 20an. Sekarang, kerana penyakit berbahaya ini, beliau sudah tidak mampu bekerja lagi dan hanya menumpukan pada rawatan. Bila ini berlaku, pendapatan sudah TIADA lagi. Maka, bukan sahaja bayaran perubatan yang dirisaukan, TETAPI, Kos Sara Hidup juga menjadi masalah yang sangat BESAR!! Makanan keluarga, belanja sekolah anak2, bil - bil, loan etc. siapa yang nak bayar?? Malah, isteri beliau juga terpaksa berhenti kerja kerana menjaga suami yang sakit! Untuk rawatan sahaja mereka memerlukan lebih kurang RM12,000 sebulan!!!! Untuk Kos Sara Hidup Keluarga pulak bagaimana??

Cuba anda tanya diri sendiri, SEJUJURNYA, Berapa kos perbelanjaan yang anda perlukan untuk menyara keluarga anda sebulan? Dah dapat jawapan?? RM2k, 3k, 5k? Sekarang tanya lagi, jika badan anda sudah tak berupaya bekerja lagi dan anda kehilangan sumber pendapatan bulanan anda kerana penyakit kritikal atau lumpuh, siapa yang nak tanggung kos sara hidup keluarga anda tu? Makanan, bill, loan siapa nak bayar? Sudahkah anda bersedia??????? Sudahkah anda benar2 bersedia?????

Pernahkah anda terfikir, ini boleh berlaku kepada anda? Jika ia benar2 berlaku, bagaimana? Siapa yang akan anda susahkan? Suami? Isteri? Anak2?, Ibu bapa? Tergamakkah anda melihat mereka yang anda sayangi bersusah payah kesana kemari meminta bantuan? Mungkin juga mereka terpaksa menambah hutang pulak yang mana bakal menghancurkan lagi kewangan keluarga. Sanggupkah anda tengok anak anda terpaksa berhenti sekolah kerana anda? Sanggupkah anda tengok masa depan mereka yang bakal punah kerana anda? Puncanya satu, sebab anda GAGAL untuk Merancang Kewangan diri dan keluarga.

Bila saya baca artikel ini, kadang2 terbit rasa kasihan pada beberapa orang muda yang pernah saya jumpa sebelum ini yang menyangka diri masih sihat. Adakah mereka fikir mereka akan sihat selamanya? Ramai dari mereka ini mengambil remeh soal merancang insurans mereka. Sedangkan sudah banyak kali saya ingatkan:

Kemalangan, Penyakit dan Kematian boleh berlaku bila2 masa sahaja. Tak kira umur, bangsa, atau agama.
  
Jika ia berlaku, sudahkah kewangan anda / keluarga bersedia??

Jika Keluarga Penting dalam Hidup anda dan anda tidak mahu membebankan mereka bila kecemasan berlaku: Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Ikhlas,

Zulhaizal A. Pazir
016-3661786
Business Supervisor
Buss Consulting

Friday, 4 May 2012

Mitos Insurans #4 - Salah Faham Lagi...

Hari ini, pukul 9 pagi, client yang saya jumpa, awal2 lagi berkata:

"Saya tak perlu ambil insurans, sebab saya makan Supplement Food setiap bulan."
 
Wah.. first time saya dengar ni. Saya tanya kenapa tak perlu dan apa kena mengena insuran dengan Supplement Food?

"Supplement Food dah cukup untuk jaga kesihatan. Kalau tak sakit, buat apa nak dapatkan insuran."

Mula2 saya senyum jer dengar jawapan tu. Selepas tu, saya respond:


"Bagus anda jaga kesihatan dengan makanan tambahan. Saya sokong 100% dan anda patut teruskan. Cuma first sekali, anda kena tahu insurans bukan setakat medical card untuk bayar rawatan sahaja. Anda juga memerlukan insurans kerana Income Replacement Benefit yang disediakan. 

Tapi, sebelum saya cerita panjang tentang Income Replacement ni, saya nak tanya, adakah anda benar2 yakin, dengan pemakanan tambahan anda boleh GUARANTEE 100% anda akan immune dari apa2 penyakit? 

Dia terdiam gak time tu.. Pas tu saya sambung:


"Jangan salah faham, saya benar2 sokong anda ambil supplement food. Saya sendiri pun pernah join beberapa MLM dan jual supplement food dulu. Jadi saya tau kebaikannya untuk kesihatan. Tapi pada pendapat saya, pemakanan tambahan tidak akan membuatkan anda kebal dari apa2 penyakit termasuk penyakit kritikal. Sebaliknya, saya setuju, supplement boleh membantu anda  mengurangkan risiko kena penyakit dan meningkatkan kesihatan. Tetapi untuk kata Guarantee 100% kebal penyakit saya tak yakin.  

Saya sendiri tau ada org yang mengambil supplement bertahun2 tapi masih kena cancer, strok etc. Adakah anda mau mempertaruhkan nasib anda? Tak salah kita usaha dengan supplement food, tapi jika tetap terkena penyakit macamana? Medical cost makin mahal. Kalau anda tak ready, susah nanti!"

"Untuk membuktikan apa yg saya cakap skrg ni, saya nak tanya soalan mudah, sepanjang anda mengambil supplement food, adakah anda masih mengalami demam? 

Dengan pantas dia jawab:


"Ada. Tapi dah kurang sangat kena berbanding sebelum saya ambil supplement."

Saya respond balik:  

"Betul, tapi masih tetap kena demam kan? Jadi, anda tidaklah immune penyakit. Sedangkan professional footballer yang sentiasa bersukan dan ambil makanan tambahan pun boleh kena serangan jantung, inikan pula kita orang biasa."

Dia cuma anggukkan kepala.. Lepas tu saya sambung lagi:


"Ok. Tolak tepi dulu soal penyakit. Katalah dengan supplement food ni, anda benar2 immune penyakit. Sekarang, saya nak tanya,  antara umur 25 - 80 thn, risiko untuk kena kemalangan tinggi atau rendah? Adakah anda boleh Guarantee yang anda tak akan kena kemalangan? Supplement Food boleh bantu anda untuk immune dari kemalangan juga ke?


"What if this tragedy really happen? Are u ready? Kalau kemalangan itu sgt teruk sehingga lumpuh atau hilang anggota badan, bagaimana? Ia dah pernah terjadi pada orang lain, jangan ingat, ia tak boleh terjadi pada kita. Kalau lumpuh atau hilang upaya berlaku akibat kemalangan, anda pasti kehilangan pekerjaan. Bila ini berlaku, pendapatan juga akan hilang. Ketika ini, bukan bill hospital saja yang anda risau, tapi bill2 semasa, loan, makanan seharian, perbelanjaan anak tetap juga kena bayar kan? Cuba tanya diri, terjejas tak perbelanjaan keluarga, sekiranya anda kehilangan pekerjaan disebabkan penyakit atau hilang upaya? Bersediakah keluarga anda jika ini berlaku?


Ketika inilah, insuran memainkan peranan besar untuk membantu anda kerana anda sangat memerlukan Income Replacement dengan segera untuk menggantikan pendapatan anda yang hilang itu. At least anda tak menyusahkan orang lain terutama orang yang tersayang. 

Kalau keadaan teruk, anda mungkin memerlukan rawatan atau surgery dengan segera. Tapi, masalahnya jika anda tiada medical card dan doktor minta RM100k atau RM50k macamana? Masalah bill hospital tak habis, lepas tu, nak kena fikir belanja keperluan harian keluarga lagi. Dah la sakit, makin stress pulak.

Jika anda tidak ada insuran time tu... sayang sekali, sebab sudah pasti bebanan berat ini, orang yang tersayang yang akan menanggungnya. Sanggupkah anda tengok mereka bersusah payah minta bantuan sana sini? Fikir2kan..


Pendek kata, akhirnya, terbuka minda prospek saya dan amat berminat untuk menyimpan dalam insuran. InsyaAllah, saya akan jumpa dia lagi minggu depan bersama dengan isterinya sekali.

Lastly, Insurance is about Love and Responsibility. Only ppl who really care of their family will save in insurance. Because, if one family member fall sick, everyone in the family will feel the pain. If u dont want to add more burden to them and want to take care of them even if u are not around anymore. Do call me ASAP for appt. Dont wait anymore cos tragedy will not wait for u too..

Thanks

Zulhaizal A. Pazir.




Friday, 20 April 2012

Hari Ini - Pahit & Manis Sebagai Perunding Insuran

Hari ni betul2 menguji kesabaran..first customer of the day plak tu..baru jer post pasal obstacle few days back, hari ni da kena.. hehe.. pengalaman. Tak sangka, client tu setuju berjumpa hanya untuk merendah2kan kredibiliti aku sebagai konsultant insurans. Banyak gak yang dia katakan. Sampai ada gak dia tuduh aku nak komisen semata2 dari dia.. Senyum jer ler dengan kebodohan yang ditunjukkan terang2. Sedangkan tujuan utama kita nak tolong dia dan family dia.. Kesian betul.. Bila time aku nak present, asyik2 potong cakap. Sebelum blah, sempat jg aku sound dia..

"En tak perlulah merendah2kan sy. Sy dtg dengan niat ikhlas nak bantu En... B
ukan komisen tujuan utama sy.  Untuk pengetahuan En, kalau En tak mencarum dengan sy pun, sy takkan jatuh miskin... Kalau En mencarum sekalipun, setakat sy ada kelebihan satu akaun, juga tak membuatkan saya kaya. Tapi kalau En tak mencarum dlm insurans sekarang, En kehilangan 1.2million worth of emergency fund dan harta yang pasti bakal membantu keluarga bila musibah berlaku. Walaupun kita mmg tak minta kita sakit, cacat atau mati. Tapi boleh ke En Gerenti dalam masa 30 tahun akan datang, takkan ada penyakit atau accident berlaku. Jika ia benar2 terjadi, harap ketika itu, En masih layak mencarum. Tp untuk dapat apa yang saya proposekan sekarang adalah mustahil. Papehal, Good Luck!"

Kesian betul dgn ignorance yg ditunjukkan.. Tapi aku lebih kesian kat bini dgn anak2 dia. Jika apa2 terjadi, mereka tiada saving emergency langsung..

Walaupun begitu, dalam bad news, ada gak good news.. selepas client tu, jumpa plak dengan client lain, saya dapat open 1 case hari ni.. hehe..

Tuesday, 17 April 2012

Siapa SEBENARNYA Perlukan Insurans? Golongan Banyak Duit vs Golongan Kurang Duit!


Masyarakat kita selalu menganggap diri mereka terdiri dari golongan yang tidak perlukan insurans. Golongan yang banyak duit selalu menyangka, orang yang kurang duit yang sepatutnya ambil insurans kerana mereka tak mampu bayar bil perubatan dan sebagainya. Golongan yang kurang duit pula menganggap, insurans ini hanyalah untuk orang yang banyak duit sahaja kerana mereka mampu membayarnya.

Sebenarnya, tidak kira sebanyak mana pendapatan yang anda terima, semua orang perlukan insurans kerana insurans memainkan peranan yang berbeza di antara golongan banyak duit dan golongan kurang duit.

Golongan Banyak Duit

Bagi golongan banyak duit, anda tentunya memiliki pelbagai harta dan wang simpanan. Anda juga memiliki pendapatan yang tinggi dan mampu menampung segala keperluan keluarga tanpa banyak masalah.

Tetapi, sedarkah anda? Sekiranya, semalam anda ditimpa penyakit kritikal, keluarga anda mungkin terpaksa menjual harta yang ada, serta mengguna wang simpanan, semata-mata untuk menampung kos rawatan anda!

Bukan sahaja harta yang dijual dalam keadaan terdesak itu menghasilkan perolehan yang rendah, kadangkala mereka terpaksa menunggu lama untuk mendapat keuntungan yang tidak seberapa dari penjualan harta.

Ia mungkin tidak cukup untuk menampung segala kos rawatan yang ada hingga menyebabkan keluarga anda terpaksa meminjam di merata-rata. Dengan memiliki insurans, anda tidak perlu menebus wang simpanan atau menjual harta bagi menampung kos perubatan hospital tersebut. Duit sara hidup sepanjang tempoh anda tidak boleh bekerja akibat penyakit kritikal itu juga, dapat disediakan melalui insurans.

Dalam erti kata lain, keluarga anda tidak perlu merana, kehilangan harta dan sumber pendapatan sedia ada, hanya kerana anda tidak bersedia menghadapi musibah yang melanda.

Apa yang anda perlu lakukan, hanyalah 'memindahkan' sedikit dividen dan wang pelaburan kepada skim insurans supaya anda dapat melindungi segala harta yang anda ada.

Golongan Kurang Duit

Bagi golongan kurang duit pula, bukan sahaja gaji bulanan yang anda terima sekadar cukup-cukup sahaja, malahan anda memiliki banyak komitmen lain yang perlu ditanggung.

Tetapi, sedarkah anda? Jika sekarang pun, anda sudah terkial-kial untuk menampung keperluan keluarga. Bagaimana nasib keluarga anda sekiranya semalam anda sudah tidak berupaya atau sudah tiada? Bagaimana anak-anak hendak meneruskan kehidupan mereka?

Memang mudah mulut berkata, rumah anak yatim kan ada. Tapi hakikatnya, rumah anak yatim pun memerlukan bantuan kewangan setiap bulan bagi menampung keperluan mereka.

Tak kasihankah anda kepada anak-anak anda sendiri, yang belai dan sayangi selama ini? Sanggupkah anda melihat mereka hidup merempat, hidup serba kekurangan dan disisih daripada masyarakat akibat kemiskinan yang melanda?

Ternyata, dengan memiliki insurans, anda mampu untuk menyediakan tabung kecemasan dan harta pusaka dalam sekelip mata, walaupun pada zahirnya, anda berpendapatan rendah sahaja.

Tidak kira sama ada anda ditimpa penyakit kritikal, lumpuh keseluruhan atau meninggal dunia, tanggungjawab anda terhadap keluarga masih dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Cuba ubah suai perbelanjaan sedia ada, agar anda dapat menyelitkan sebahagian gaji bulanan untuk caruman insurans. Walaupun sedikit, pampasan insurans yang diperoleh oleh keluarga nanti, begitu besar ertinya pada mereka, kerana terbukti anda tetap sayangkan mereka walaupun anda sudah tiada. Kasih sayang anda terhadap keluarga akan kekal di hati mereka buat selama-lamanya.

-Sumber dari MW September 2005 -

Sekiranya anda ada kemusykilan atau pertanyaan berkenaan insurans, anda boleh hubungi saya di talian 016-3661786 untuk temujanji.

Zulhaizal A. Pazir

Wednesday, 21 March 2012

Isu Sensitif: Halal & Haram Insurans Hayat

Konvensyen Ejen Insurans Hayat Bumiputera 2009, Hotel Legend, KL.

Tajuk: Insurans Hayat Menurut Perspektif Islam

Penceramah : En Azman Ismail
                        Pengarah Urusan International Islamic Finance and Insurance

Tajuk yang diberikan kepada saya merupakan tajuk yang sangat sensitif tetapi penting. Ianya sensitif kerana melibatkan hukum dan penting kerana melibatkan beberapa juta umat Islam dan puluhan ribu wakil insurans dan takaful yang berugama lslam di Malaysia. Namun demikian, perkara yang sensitif kadangkala perlu dijelaskan bagi mengelak kekeliruan yang mengakibatkan kerugian orang ramai. Sehubungan dengan ini, kepentingan semua pihak, iaitu industri insurans, industri takaful, pihak consumer serta pihak berkuasa yang perlu mengimbangkan kepentingan kedua-dua industri, kepentingan consumer dan kepentingan ekonomi Negara perlu di ambil kira. Dari sudut syariah, para fuqaha kita telah meletakkan dasar-dasar didalam menentukan hukum sesuatu perkara. Antara lain, mereka telah meletakkan kaedah-kaedah fikah (qawaid fiqhiyyah) sesuai dengan tujuan-tujuan syariah (maqasid al-shariah). Dalam konteks perbincangan kita, kaedah-kaedah yang akan digunakan adalah seperti berikut :
  •  Menyeimbangkan antara pelbagai masalih atau manafi' atau perbandingan segala kebaikan 
  •  Menyeimbangkan antara pelbagai mafasid atau madhar atau perbandingan semua maksiat. 
  •  Menyeimbangkan antara pelbagai masalih dan mafasid atau perbandingan segala kebaikan dan sebaliknya, apabila di sana wujud konflik antara mereka.
Perbincangan mengenai insurans dikalangan ulama telah ujud sejak kurun 19 dimana seorang faqih ulung mazhab Hanafi yang dikenali sebagai lbn Abidin telah memberikan pandangan beliau tentang perkara ini. Perbincangan mengenai insurans memuncak pada kurun ke 20 di mana para ulama mempunyai tanggapan yang berbeza antara satu dengan yang lain. Pandangan-pandangan ini kemudiannya beku pada tahun tujuh puluhan dan pandangan pandangan yang terkemudian tidak lain dan tidak bukan merupakan ulangan kepada pandangan terdahulu. Pandangan ini lebih merujuk kepada insurans secara umum atau insurans hayat tradisional. Namun demikian, terdapat bentuk insurans yang belum dikenali sebelum ini. lnsurans tersebut ialah insurans berkait pelaburan (Investment Link product). Insurans berkait pelaburan hanya bermula lebih kurang setengah kurun yang lalu dan merupakan respons syarikat insurans terhadap keperluan oleh consumer yang semakin canggih dan bantahan terhadap insurans traditional yang dianggap oleh sesetengah pihak sebagai kurang telus dan kurang adil dalam konteks pulangan kewangan kepada pelanggan didalam era pelaburan yang memberikan pulangan yang tinggi. Namun begitu hujjah-hujjah yang digunakan oleh para ulama lebih bersifat umum dan mereka tidak banyak membicarakan pandangan lslam terhadap insurans berkait pelaburan secara khusus. Di Malaysia, insurans berkait pelaburan hanya diperkenalkan pada tahun 1997. Sebelum itu, pada tahun 1992, saya telah mencadangkan agar syarikat insurans yang ingin memasarkan insurans kepada orang lslam membangunkan produk mengikut kaedah insurans berkait pelaburan kerana ia lebih menepati garis panduan syariah.

2. Pandangan ulama terhadap insurans

Ulama berbeza pendapat tentang insurans, sesetengah ulama mengharamkannya sementara yang lain mengharuskannya. Untuk tujuan perbincangan kita, saya akan hanya membicarakan pandangan ulama yang mengharuskan insurans. Untuk mengetahui hujjah-huijah ulama yang mengharamkan insurans, sila lihat buku saya, "Takaful : Teori dan Praktis" yang diterbitkan pada tahun '1997 tetapi secara ringkasnya adalah seperti apa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan seperti berikut:
lnsurans nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakkan syrikat insurans yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah yang fasad kerana akadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip islam iaitu :
a) Mengandungi gharar (ketidaktentuan)
b) Mengandungi unsur judi
c) Mengandungi muamalah riba

Ulama yang mengharuskan insurans termasuklah Sheikh Mustafa Zarqa (Zarqa,1984), Sheikh Abdul Rahman lsa (Salabi), Dr. Muhammad Yusuf Musa (ibid) serta Dr Abdul Ghani al-Rajhi(ibid). Dr Monzer Kahf (Kahf), seorang pakar kewangan lslam moden, menggangap Sheikh Mustafa Zarqa, yang meninggal pada tahun 1999 tidak syak lagi merupakan seorang ulama yang sangat dihormati dizaman kita. Para ulama yang berpendapat bahawa insurans adalah harus menyatakan bahawa insurans merupakan kontrak moden dan tidak terdapat nas yang mengharamkannya (al-Rajhi). Menurut ulama, jika tidak terdapat nas terhadap sesuatu perkara yang bukan ibadat, maka ia adalah harus (Kamali). Mereka bersandarkan pandangan tersebut kepada satu kaedah fiqh yang menyatakan, 'Asal hukum sesuatu perkara adalah harus sehingga ada dalil yang mengharamkannya." kaedah tersebut berdasarkan kepada pemahaman mereka terhadap al-Quran dan as_Sunnah. Sheikh Yusuf al-Qaradawi menyatakan bahawa tiada yang haram kecuali yang dilarang oleh nas yang qat'i (pasti). Jika
nas tidak qat'i, seperti hadith yang lemah atau ia tidak qat'i dalam mengharamkannya, maka kaedah di atas boleh terpakai. lni berdasarkan kepada ayat-ayat al-Quran dan al-Hadith (Qaradawi). Antara lain Al-Quran menyatakan :-
  •  Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak (menciptakan) langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu. (2:29)
  •  Tidakkah kamu perhatikan sesungguhnya Allah telah menundukkan(kepentingan)mu apa yang di langit dan apa yang di bumi menyempurnakan untukmu ni'mat-Nya lahir dan batin. Dan di antara manusia ada yang membantah tentang (keesaan) Allah tanpa ilmu pengetahuan atau petunjuk dan tanpa Kitab yang memberi penerangan. (31 :20) 
  •  Dan Dia telah menundukkan untukmu apa yang di langit dan apa yang di bumi semuanya, (sebagai rahmat) daripada-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang bertikir. (45:13)
Menurut para ulama, ini menunjukkan bahawa secara prinsipnya adalah harus menggunakan segala sumber alam ini, iaitu apa yang di langit dan apa yang di bumi semuanya. Seterusnya, segala amalan yang perlu dilakukan untuk mencapai perkara tersebut, termasuk muamalat, adalah harus (Kamali). Untuk memperkuatkan hujjah ini, al_Quran menurunkan prinsip bahawa AIlah swt telah menjelaskan larang-larangannya (Qaradawi). Sehubungan dengan ini Allah swt menyatakan didalam al-Quran,

"Mengapa kamu tidak mau memakan (binatang-binatang yang halal) yang
disebut nama Allah ketika menyembelihnya, padahal sesungguhnva Allah
telah menjelaskan kepada kamu apa yang diharamkan-Nya atasmu. kecuali
apa yang terpaksa kamu memakannya. Dan sesungguhnya kebanyakan (dari
manusia) benar benar hendak menyesatkan (orang lain) dengan hawa nafsu
mereka tanpa pengetahuan. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia-lah yang lebih
mengetahui orang-orang yang melampaui batas.' (6:119)

Sehubungan dengan ini Rasulullah saw bersabda, 'Apa yang Allah telah halalkan dalam kitabnya adalah halal dan apa yang diharamkannya adalah haram dan apa yang didiamkannya diharuskan sebagai anugerahNya. Jadi, terimalah daripada Allah anugerahNya kerana Allah tidak lupa sesuatu pun. Kemudian Baginda membaca"Dan Tuhanmu bukan pelupa"'(19:64).
Hadith ini diriwayatkan oleh al-Hakim yang mensahihkannya dan di petik oleh al_Bazzar.

Salman al Farsi meriwayatkan yang apabila Rasulullah saw ditanya tentang lemak binatang, keju, dan bulu, baginda menjawab, "Yang halal adalah apa yang Allah telah halalkan didalam kibatNya dan haram adalah apa yang Dia telah haramkan, dan berkenaan apa yang Dia diamkan Dia telah mengharuskannya sebagai satu anugerah untuk kamu." (Diriwayatkan oleh al Tirmidhi dan lbn Majah.)

Oleh itu, dari memberi jawapan yang khusus terhadap soalan yang ditanya, Rasulullah saw merujuk kepada kriteria umum untuk menentukan halal dan haram. Oleh sebab itu, adalah cukup bagi kita untuk mengetahui apa yang Allah haramkan, kerana apa yang tidak haram adalah halal (Qaradawi). Rasulullah saw juga bersabda, 'Allah telah menetapkan kewajipan-kewajipan tertentu untuk anda, maka jangan abaikannya, Dia telah menjelaskan batas-batas tertentu, maka jangan kamu melanggarnya, Dia telah melarang perkara-perkara tertentu, maka jangan kamu melakukannya; dan Dia telah diamkan perkara-perkara lain sebagai belas kasihan untuk anda dan tidak disebabkan oleh sifat pelupa, maka jangan tanya soalan-soalan berkenaan mereka. (Diriwayatkan oleh al-Darqutni dan diklasifikasikan sebagai hasan oleh al-Nawawi.)

Tambahan pula, alam ini dijelaskan sebagai perhiasan dari Allah sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Quran:
"Katakanlah: 'Siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya dan (siapa pulakah yang mengharamkan) rezki yang baik?" Katakanlah: "Semuanya itu (disediakan) bagi orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia, khusus (untuk mereka saja) di hari kiamat." Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi orang-orang yang mengetahui?' (7:32)

Maka sangkaan sahaja tidak cukup untuk mengharamkan sesuatu. Para ulama berpendapat bahawa sesuatu yang mengatasi prinsip ini, (iaitu asal hukum segala sesuatu adalah harus) hendaklah pasti dari segi thabitnya dan dalilnya. (Kamali) Mereka seterusnya mendakwa bahawa insurans merupakan satu aqad yang memberikan kebaikan kepada orang yang diinsuranskan atau insured (al-Rajhi). Tanpa insurans, waris simati akan menanggung beban yang besar selepas kematiannya. Mereka juga menyatakan adat kebiasaan ('uruf)
mengesahkan insurans sebagai sesuatu yang melindungi kepentingan umum dan individu (al-Rajhi) dan uruf diterima sebagai dalil syariah (t(amali) sesuai dengan kaedah fiqh, 'aadah muhakkamah (adat menjadi hukum). Menurut mereka, aqad insurans bukan aqad mu'awadhah (aqad pertukaran) tetapi termasuk dalam kategori tabarru' dan sebagai bantuan dan jaminan oleh penginsurans kepada insured. Sehubungan dengan ini, kedudukan penginsurans adalah sebagai orang tengah yang mengumpulkan dana daripada insured dan menyusun bantuan kepada mereka dalam menghadapi kerugian bersama (al-Raihi). Sesetengah ulama mendakwa premium yang dibayar oleh insured sebagai bayaran kepada jaminan (Salabi).

3. Huijah terhadap pandangan yang mengharamkan

Walaubagaimanapun, terdapat ulama yang mengharamkan insurans. Mereka mendakwa bahawa insurans merupakan aqad yang mengandungi unsur-unsur gharar, maisir dan riba. Apakah ini benar? lanya tidak benar seratus peratus. Apa yang mungkin benar adalah yang berkaitan dengan insurans hayat permanen tradisional seperi endowmen dan insurans seumur hidup tetapi untuk menyatakan demikian tentang insurans bertempoh dan insurans berkait pelaburan boleh dipertikaikan. Pertama isu gharar. Mereka mendakwa bahawa gharar wujud didalam aqad insurans kerana insurans merupakan aqad mu'awadhah. Teori gharar tidaklah semudah yang disangkakan. Malah para fuqaha sendiri berbeza pendapat tentang definasinya (Zuhayli) walaupun secara umumnya hampir sama. Menurut lmam lbn Taymiyah, gharar adalah sesuatu yang mana akibatnya tidak diketahui, sementara muridnya lmam lbn Al- Qayyim, mendefinasikannya sebagai sesuatu yang tidak dapat diserahkan, samada ia ujud atau tidak. lmam lbn Hazm manyatakan bahawa gharar ialah dimana pembeli tidak tahu apa yang dibeli dan penjual tidak tahu apa yang dijual. AI-Syarakhasi daripada mazhab Hanafi berpendapat gharar ialah barang yang tersembunyi dan tidak dikeathui akibatnya. AI-Qarafi daripada mazhab Maliki berpendapat asal gharar ialah barang yang tidak diketahui adakah boleh diperolehi atau tidak. Abu lshaq Al Shirazi daripada mazhab Shafi'i berpendapat gharar ialah perkara atau barang yang tidak diketahui dan tersembunyi akibatnya. Al-lsnawi daripada mazhab Shafi'i berpendapat gharar ialah rasa ragu-ragu di antara dua kemungkinan, dan kemungkinan yang lebih buruk lebih kerap berlaku. Dikalangan ulama moden, Sheikh Mustafa Zarqa (ibid), mentakrifkan gharar sebagai menjual sesuatu yang diragui tentang kewujudannya dan had-hadnya sementara Dr. Wahbah Al-Zuhaili menyimpulkan bahawa jual beli gharar ialah
jual beli yang akan menyebabkan kerugian atau bahaya ke atas penjual dan pembeli.

Selain daripada definasi-definasi di atas, para fuqaha juga membezakan di antara gharar yasir iaitu gharar yang sedikit dengan gharar fahish iaitu gharar yang keji. Malah ada juga yang membahagikannya kepada gharar mutawasit iaitu yang pertengahan di antara keduanya. Kebanyakan fuqaha, terutama daripada mazhab Hanafi dan Hambali berpendapat gharar yasir boleh diterima walaupun didalam aqad mu'awadah. lmam Al-Nawawi mengecualikan dua perkara daripada jual beli gharar. Pertama, sesuatu yang termasuk didalam barang jualan dan kedua sesuatu yang biasa diterimapakai samada kerana kecilnya atau kerana susah nak membezakannya dan menentukannya (ibid).

Persoalannya sekarang adalah samada 1) kontraks insurans konvensyenal boleh disamakan dengan kontrak mu'awadah? dan 2) ujudnya gharar, dan jika ia, jenis apakah jenis gharar tersebut? Kebanyakan fuqaha zaman moden berpendapat bahawa kontraks insurans konvensyenal boleh disamakan dengan kontrak mu'awadah memandangkan terdapat pertukaran antara premium dan wang polisi. Namun demikian, jika kita teliti, ia lebih dekat dengan kontrak jaminan atau apa yang disebut dalam bahasa Arab sebagai kontrak dhaman atau kafalah. Malah takaful merupakan kata terbitan daripada perkataan kafala dan bererti saling menjamin sementara dibawah kontrak kafalah satu pihak menjamin pihak yang lain. Jaminan boleh jadi untuk hutang, pinjaman atau kerja berjanji (Zuhayli). Sesungguhnya dalam amalan insurans konvensional, bon prestasi (performance bond) adalah dianggap sebagai satu daripada produk-produk bagi insurans. Para fuqaha bersetuju yang menjamin adalah sesuai dengan syariah; apa yang mereka pertikaikan adalah apabila jaminan itu dibuat dengan bayaran. Dalam sistem perbankan dan kewangan lslam di Malaysia, para ulama kita telah meluluskan kontrak kafalah dengan bayaran seperti dalam surat kredit (letter of kredit). Seterusnya mereka juga telah meluluskan jaminan untuk prestasi kerja iaitu bon prestasi.

Walaubagaimanapun, para fuqaha seperti Dr 'Ali Salus dan Dr Wahbah Al-Zuhaili telah membezakan bayaran untuk kerja-kerja perwakilan dan bayaran untuk jaminan. Sementara mereka membenarkan bayaran untuk kerja-kerja perwakilan, mereka melarang bayaran untuk jaminan (Zuhayli). Sehubungan dengan ini mereka konsisten iaitu mereka melarang insurans perdagangan serta jaminan yang dibuat dengan bayaran.

Berbalik kepada isu gharar, para fuqaha menyatakan gharar dalam insurans wujud kerana pampasan untuk insurans adalah disebabkan kepada acara (event) yang tidak menentu, yang menyumbang kepada gharar.

Walaubagaimanapun pengamal-pengamal insurans berhujjah bahawa jumlah yang dibayar dan diterima oleh kedua-dua pihak dijelaskan semasa aqad. Dalam insurans bertempoh, premium yang dibayar oleh insured diketahui. Jumlah yang diinsuranskan juga diketahui kerana dijelaskan didalam kontrak. Walaubagaimanapun, timbul isu samada insured akan menerima bayaran polisi. Dalam konteks ini, insured akan mendapatnya jika berlaku acara yang diinsuranskan dan jumlahnya dijelaskan. Pendek kata isu gharar dalam insurans bertempoh boleh dipertikaikan. Begitu juga dengan insurans berkait pelaburan, jumlah manfaat dijelaskan
dan premium yang dialokasikan (allocated premiums) merupakan jumlah yang dilaburkan dibawah konsep wakalah dan dana risiko dianggap sebagai tabarru' kerana jelas ia hangus. Sehubungan dengan ini kaedah fiqh menyatakan, 'Petunjuk dalam aqad-aqad bergantung kepada maksud dan makna dan bukan kepada lafaz dan susunan kata-kata.'

Satu lagi unsur yang didakwa menyebabkan insurans menjadi haram adalah kerana wujudnya unsur perjudian. Walaupun sesetengah ulama menyatakan bahawa ini merupakan salah satu unsur yang menyebabkan insurans menjadi haram, Nadwah Sedunia Ekonomi lslam Pertama yang diadakan di Makkah pada tahun 1976 tidak memasukkan judi sebagai salah satu daripada unsur yang menyebabkan insurans haram; Dr Wahbah al Zuhaili hanya menyebut bahawa kontrak insurans komersial tidak sah disebabkan kapada kepada dua perkara sahaja; riba dan gharar (Zuhayli). Beliau tidak sebut perjudian sebagi satu unsur yang menjadikan kontrak insurans haram dan beliau adalah benar dalam perkara ini. Sesungguhnya adalah sukar untuk mempertahankan hujjah ini walaupun secara kasar insurans menyerupai berjudi seperti mana yang disebutkan iaitu :
  •  lnsured boleh mendapat satu jumlah besar dengan membayar premium yang kecil; 
  •  lnsured akan hilang premiumnya apabila acara atau kejadian yang diinsuranskan tidak berlaku;
  •  Syarikat insurans rugi jika tuntutan melebihi premium dan membuat keuntungan sebaliknya; 
  •  Syarikat insurans itu menghitung kadar premium sama seperti bookie mengira kemungkinan;
Sebaliknya kita juga boleh berhujjah bahawa terdapat persamaan-persamaan antara insurans dan perjudian, terdapat juga perbezaan. Perbezaan ini telah dikenal pasti dalam industri insurans konvensional dan undang-undang telah digubal untuk memastikan insurans tidak termasuk dibawah perjudian. Perbezaan antara perjudian dan insurans boleh diringkaskan seperti berikut :
  • Motivasi untuk insurans dan perjudian adalah berbeza; 
  • Kakijudi itu memasuki suatu risiko tetapi insured memindahkan risiko; 
  • Kakijudi mendapat untung tetapi insured mendapat pampasan; 
  • Wang judi dibayar kepada penjudi-penjudi yang bernasib baik tetapi hanya ganti rugi dibayar kepada insured yang tidak bernasib baik; 
  •  lnsured mesti mempunyai Kepentingan Boleh lnsurans tetapi ini tidak perlu bagi perjudian; 
  • Kakijudi ketagih tetapi insured tidak ketagih.
Dengan perbezaan seperti di atas, hujah yang menyatakan insurans mempunyai unsur judi tidak dapat dipertahankan. Seperti yang telah diterangkan di atas, isu perjudian ini telah selesaikan oleh mahkamah-mahkamah yang berkaitan dengan insurans dimana mana perbezaan antara insurans dan berjudi telah dipetik.

Satu lagi unsur yang dikatakan menyebabkan insurans itu haram adalah riba. Menurut ulama, riba berlaku apabila terdapat perjanjian memberikan lebihan keatas hutang atau pertukaran bahan ribawi atau yang serupa dengannya. Didalam hadith, bahan ribawi yang disebut adalah enam iaitu, emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, tamar dengan tamar dan garam dengan garam. Sebagai contoh, Rasulullah saw bersabda, "Jualan gandum untuk gandum adalah Riba kecuali jika ia diberi daripada tangan dengan tangan dan persamaan dalam amaun. Begitu juga dengan jualan barli untuk barli, adalah Riba kecuali jika ia adalah daripada tangan dengan tangan dan persamaan dalam amaun, dan jualan tamar dengan tamar adalah riba kecuali jika ia adalah daripada tangan dengan tangan dan persamaan dalam amaun." Namun demikian tidak terdapat riba didalam insurans bertempoh dan insurans berkait pelaburan. lni adalah kerana di dalam kontrak insurans bertempoh, tidak terdapat perbezaan pertukaran kerana premium yang dibayar boleh
dianggap sebagai tabarru'atau bayaran jaminan seperti yang dibenarkan oleh sesetengah ulama. Jika insurans bertempoh haram kerana bayaran premium dan syarikat mendapat untung di atas risiko jaminan, maka hujjah yang sama boleh digunakan terhadap kontrak jaminan lain yang mengisyaratkan bayaran dimana ianya juga adalah haram kerana terdapat persamaan yang ketara di antara keduanya. Sehubungan dengan ini, surat jaminan (letter of credit) yang dikeluarkan oleh bank-bank lslam yang mengenakan bayaran komisyen juga
adalah haram kecuali bayaran tersebut bukan sebagai ganjaran jaminan seperti yang di utarakan oleh para fuqaha mu'tabar seperti Sheikh Wahbah Zuhaili. Disini beliau konsisten dengan pendapatnya; insurans (bertempoh) haram, begitu juga jaminan dengan bayaran keatas risiko. Tetapi apa yang membingungkan kita ialah mengapakah insurans bertempoh haram, tetapi surat jaminan tidak haram? Kita juga mempersoalkan yang sebaliknya; mengapakah surat jaminan seperti yang keluarkan oleh bank-bank lslam di Malaysia tidak
haram tetapi insurans bertempoh haram?Apakah terdapat perbezaan yang ketara di antara keduanya? Perbezaan antara keduanya sangat sedikit dan perbezaan tersebut tidak cukup untuk meletakkan kedua-duanya dalam kategori yang berbeza samada dengan menggunakan nas atau akal. Kesimpulannya ialah samada kedua-duanya halal atau kedua-duanya haram.

Dibawah insurans berkait pelaburan pula, kontrak yang dimeterai adalah mengikut kehendak pelanggan. Perlu dijelaskan disini bahawa semasa fatwa dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, insurans berkait pelaburan belum wujud kerana insurans berkait pelaburan yang pertama di Malaysia hanya wujud pada tahun 1997.

Sekarang ini pelanggan boleh memilih bagaimana wang premium yang dialokasikan dilaburkan. Sehubungan dengan ini pelanggan boleh memilih pelaburan yang sesuai syariah seperti pelaburan didalam sekuriti pendapatan tetap seperti sukuk murabaha atau pelaburan didalam ekuiti seperti saham sesuai syariah yang di Bursa Kuala Lumpur yang mana pelaburannya tidak melibatkan riba atau perkara-perkara yang haram. Bahagian perlindungan pula ialah insurans bertempoh atau yang serupa dengannya dimana diterangkan dengan jelas dalam kontrak insurans. Malah, tidak terdapat banyak perbezaan di antara insurans berkait pelaburan dan takaful kecuali lebihan yang diagihkan kepada peserta. Sebenarnya, secara praktisnya ini tidak berlaku dan terdapat beberapa syarikat takaful yang tidak mengagihkan lebihan takaful tersebut. Ini bererti tiada bezanya di antara produk syarikat-syarikat takaful ini dengan insurans konvensional. Malah, dalam insurans konvensional, undang-undang mensyaratkan sekurang-kurangnya 80% lebihan insurans diagihkan kepada pemilik polisi dan syarikat hanya boleh mengambil 20% sedangkan sesetangah syarikat insurans mengambil 80% dan hanya mengagihkan 20%, walaupun dalam sesetengah kes terdapat perbezaan
didalam kiraan lebihan insurans dengan lebihan takaful.

Kesimpulan

Berdasarkan kepada hujjah-hujjah yang dikemukakan, tidak terdapat ijma' (kesepakatan) dikalangan ahli fiqh (ulama) tentang haramnya insurans. Walaupun ada pandangan yang menyatakan bahawa insurans itu haram, pendapat yang menyatakan bahawa insurans itu adalah harus juga mempunyai hujjah yang kuat, terutama mengenai insurans bertempoh dan insurans berkait pelaburan. Sehubungan dengan ini wakil-wakil insurans dan takaful perlu Iebih professional apabila menasihati pelanggan mereka. Memandangkan bahawa pandangan saya ini mungkin berlawanan dengan pandangan beberapa penasihat syariah perbankan lslam dan
syarikat-syarikat takaful, saya mengalu-alukan jika ada pihak yang ingin mengadakan bermuzakarah agar pandangan yang benar dan tepat boleh diperolehi. Saya juga mencadangkan agar didalam muzakarah tersebut kita menjemput 1) pengurusan syarikat takaful, 2) semua penasihat syarikat takaful, 3) pegawai-pegawai JPIT, Bank Negara Malaysia, dan 4) perunding bebas insurans dan takaful seperti pakar aktuari dan sebagainya. Saya berharap dengan muzakarah tersebut, pakar-pakar syariah akan dapat mengetahui selok belok operasi insurans konvensyenal dan implikasi penyerahannya kepada masyarakat dan negara
dan seterusnya membuat kesimpulan yang sewajarnya.

Wassalam.


Penceramah

Azman Bin lsmail telah terlibat didalam industri insurans dan takaful sejaktahun 1985. Beliau telah memberikan perkhidmatan perundingan dan latihan dalam bidang insurans, takaful dan perancangan kewangan bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Singapura, Brunei, lndonesia, Qatar dan Arab Saudi. Beliau telah membentangkan kertas kerja diperingkat antarabangsa di Kuala Lumpur, Singapura, Bandar Seri Begawan,
Jakarta, Manama, NewYork, Tokyo, Kaherah dan London.

Beliau pernah mengajar di Universiti lslam Antarabangsa, PNB lnstitute, KDU Management Development Center dan lnstitute of Management Studies.

Beliau juga merupakan Ahli Panel Penerangan Amanah Raya Berhad dan telah menulis 3 buah buku. Buku terakhir beliau bertajuk "Perancangan Perwarisan Dalam lslam" yang diterbitkan oleh Amanah Raya Berhad.

Saturday, 11 February 2012

Yang Mana Satu Nak Buat Dulu? Insuran atau Pelaburan?

Apa yang patut dibuat lebih awal? Insuran atau pelaburan? Sebenarnya, dari sudut perancangan kewangan, insurans perlu disediakan terlebih dahulu sebelum melabur dalam apa-apa pelaburan
seperti unit trust, hartanah, stock market, etc etc.. Kenapa macam tu? Cuba baca kes di bawah. Real kes:
Awal bulan lepas, kawan saya sendiri, umur 34, telah didiagnos dengan batu karang. TETAPI, nak buat pembedahan buang batu karang saja boleh mencecah RM13,000 di hospital swasta. Tergamam juga kawan saya. Disebabkan tiada medical card dan simpanan juga tidak cukup, beliau terpaksa pergi ke Hospital Kerajaan. Sayangnya, pembedahan beliau terpaksa ditangguh 3 bulan lagi kerana queue yang panjang.. .


Tetapi bukan queue tu yang saya nak ceritakan.. Untuk anda yg tidak mahu insuran dan nak menyediakan Emergency Fund sendiri dengan pelaburan sendiri..Fikirkan.. Bagi kebanyakan orang biasa, (yang biasanya boleh melabur dalam RM150-RM300 dari pendapatan)  jika nak buat pelaburan sendiri, agak2 berapa lama seseorang itu boleh mendapat RM13,000? Bertahun2 kan.. Itupun jika anda disiplin.. TAPI, Tahukah anda, terlalu ramai rakyat Malaysia yang sudah lama bekerja, RM10K pun tiada dalam simpanan! Ini kena tanya diri sendiri ler...


Walaupun anda ada RM13,000 dalam pelaburan sekalipun, sanggupkah anda mengeluarkan wang yang anda kumpul penat lelah bertahun2 itu untuk membayar doktor?? Wang itu hilang dalam sekelip mata! Sanggupke?
Bagaimana pula kalau ianya pembedahan yang besar (major surgery)? Sanggup ke buang RM30K, 50K atau 100k yang penat2 kita kumpul untuk perubatan? Itupun jika ada duit tu.. Kalau takde? Berapa lama nak kumpul sendiri? Sempat ke kalau tragedi menyerang terlebih dahulu sebelum anda sempat mengumpul cukup wang! Kalau kena penyakit kritikal lagi teruk.. rawatan perubatan pasti berterusan kadang2 ambik masa bertahun2!! Berapa banyak nak bayar?? 


Itu baru cerita kos perubatan.. Kos sara hidup macam mana? Jika anda hilang pekerjaan kerana lumpuh atau penyakit kronik, pendapatan pun hilang, tapi bill, loan, makan semua nak kena pakai duit! Pasti duit pelaburan yang akan anda keluarkan, kat mana lagi ye tak..Sure kosong pelaburan anda!
Itulah sebabnya, orang yang ada duit sekalipun, mereka tak mahu pakai simpanan sendiri untuk bayar bil hospital. Lebih baik transfer risiko itu kepada insuran company! Wang mereka adalah untuk diri mereka dan keluarga. Bukannya untuk bayar doktor!!
Oleh itu, jangan tangguh lagi. Mulakan menyimpan. Mula dulu dengan membeli aset insurans sebelum mengumpul aset2 lain.. Insurans inilah dana kecemasan anda!! Jika apa-apa tak elok berlaku pada anda, anda tak perlu menggadaikan aset lain.. Biarkan aset insuran anda yang tanggung.. bukan anda! Kalau ada budget problem, start small.. serendah RM120 sebulan (RM4 sehari). 
Dengan insuran Powerlink dari Allianz, anda boleh mendapat jaminan perlindungan menyeluruh 'semua dalam satu' :
  • Kematian
  • Hilang Upaya Kekal (Total Permanenent Dissability/ TPD)
  • Medical Card
  • 36 critical illness + 3 Extended TPD cover
Jika berminat, hubungi atau email saya dengan kadar segera.

kesimpulan:
Without any insurance coverage, forget about investment!